Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT Oleh AMRAN MULUP Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir. Idris Haron bersalaman dengan sebahagian pemimpin dalam Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL MELAKA 5 Okt. - Polis menahan 14,511 anggota samseng dan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas sejak dilancarkan pada 17 Ogos lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, jumlah tersebut adalah statistik terkini hasil Op Cantas Khas yang telah dijalankan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari semalam. Beliau berkata, suspek yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 380,343 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan samseng yang telah ditahan serta disoal siasat. "Penahanan individu paling besar dibuat di Selangor melibatkan sebanyak 6,191 orang diikuti Johor (2,682) dan Kuala Lumpur (1,185). "Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Op Cantas Khas ini dan akan berterusan selagi penjenayah tidak dihapuskan dan mungkin selepas ini kita menggunakan nama lain," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, Op Cantas Khas juga tidak tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja seperti didakwa oleh sesetengah pihak. "Sehingga tengah hari semalam, polis telah menahan 6,171 orang Melayu, Cina (1,701), India (3,685) manakala lain-lain kaum pula seramai 2,954 orang," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis menunggu Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk dikuatkuasakan setelah diwartakan nanti. Katanya, melalui akta itu, polis mempunyai 60 hari untuk menahan reman mereka manakala Badan Pencegahan Jenayah boleh memutuskan tindakan penahanan selama dua tahun. "Namun, keputusan itu boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi," katanya. Sementara itu, dalam satu majlis di Kuala Terengganu, Ahmad Zahid menyeru semua pihak memberi keyakinan kepada polis untuk memerangi jenayah habis-habisan. |
Dua mayat dalam but kereta mangsa culik Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT IPOH 5 Okt. - Mayat dua lelaki yang ditemui di dalam but sebuah kereta di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, arah selatan di sini semalam, dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan diculik di Pulau Pinang, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, polis daerah Nibong Tebal menerima satu laporan daripada rakan mangsa yang memaklumkan kehilangan dua individu terbabit pada 2 Oktober lalu. Susulan penemuan mayat kedua-dua mangsa, katanya, pihaknya menahan tiga individu berusia 20 hingga 30 tahun pada semalam dan hari ini bagi membantu siasatan. "Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan ini dan daripada siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa merupakan individu yang dilaporkan diculik di Pulau Pinang. "Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melihat kaitan ketiga-tiga individu yang ditahan dengan kes tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini. Semalam, mayat Ting Liong Chin, 28, dan Seu Hong Chee, 19, yang berasal dari Sabah dan Johor itu ditemui dalam but sebuah kereta dengan mukanya ditutup plastik lutsinar serta tangan dan kaki terikat kira-kira pukul 3.30 petang. Penemuan mayat itu dikesan selepas petugas peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad mengesyaki sesuatu mencurigakan setelah terhidu bau busuk dan lalat dari arah kereta terbabit. Dzuraidi memberitahu, bedah siasat terhadap mayat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati kedua-dua mangsa mati akibat sesak nafas selain turut ditemui kesan lebam akibat dipukul dengan objek tumpul di tubuh mereka. "Mangsa dipercayai mati kira-kira lima hari lalu. Terdapat kesan jerutan di leher Hong Chee manakala Liong Chin pula mukanya ditutup dengan plastik. Ketika ditemui, mereka lengkap berpakaian namun tiada pengenalan diri dijumpai. "Mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kita menyiasat latar belakang kedua-dua lelaki ini bagi mengenal pasti pekerjaan mereka dan mengesan tempat dan individu terakhir yang mereka temui," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |