{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Lebih 200,000 rumah gagal disiapkan

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMEDutusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 26 Okt. - Sebanyak 203,645 buah rumah mampu milik yang sepatutnya dibina pemaju perumahan di negeri ini sejak 1999 masih gagal disiapkan hingga kini.

Berita yang mengecewakan itu didedahkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa merasmikan projek pembinaan rumah mampu sebanyak 1,658 buah di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi dan Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Berhad, Datuk Lim Hock San yang merupakan pemaju perumahan tersebut.

Menteri Besar berkata, kesemua projek perumahan mampu milik dan kos rendah yang gagal disiapkan itu merangkumi di kawasan Iskandar Malaysia.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 180,000 buah rumah mampu milik sepatutnya dibina di Iskandar Malaysia bagi mengimbangi kemajuan kawasan tersebut supaya tidak dimonopoli oleh golongan berpendapatan tinggi.

"Baki daripada jumlah berkenaan iaitu sebanyak 23,645 buah rumah sepatutnya dibina di seluruh negeri tidak termasuk di kawasan Iskandar Malaysia mengikut peratusan dalam pembinaan perumahan yang diluluskan kerajaan.

"Tetapi malangnya projek yang telah diluluskan demi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri tidak dibina oleh pemaju. Bagaimanapun, kerajaan akan memantau kesemua projek berkenaan supaya dapat diteruskan demi hak masyarakat pelbagai kaum," katanya.

Mohamed Khaled memberitahu, di daerah itu sahaja terdapat 11,346 buah rumah mampu milik yang masih belum dibina di 31 kawasan setelah projek diberikan kelulusan.

Beliau berkata, bagi perancangan pembinaan pada tahun depan, sebanyak 11,000 buah rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan negeri, manakala 17,000 lagi diberikan kepada syarikat swasta.

Beliau yakin menerusi pembinaan secara berperingkat, keadaan itu akan dapat mengimbangi pemilikan rumah oleh pelbagai lapisan rakyat yang pastinya mahu memiliki kediaman sendiri.

11 graduan sulung Program Dwi Sarjana UTM-Universiti Meiji

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

AWALUDDIN Mohd. Shaharoun (tiga dari kiri) bersama Mika Takayanagi (empat dari kiri), Masayasu Takahashi (empat dari kanan) beramah mesra dengan graduan dari Malaysia dan Jepun dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia Ke-51 di Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 26 Okt. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar satu lagi sejarah dalam sektor pendidikan negara apabila berjaya melahirkan 11 graduan Program Dwi Sarjana dengan kerjasama Universiti Meiji, Tokyo.

Penyampaian Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan dan Pentadbiran Perniagaan kepada graduan sulung program berkenaan disempurnakan oleh Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Istiadat Konvokesyen UTM Ke-51, di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah tersebut adalah Dekan Sekolah Siswazah dan Pentadbiran Perniagaan Universiti Meiji, Prof. Masayasu Takahashi, Timbalan Dekan, Prof. Kenichi Suzuki dan Ketua Jabatan Pentadbiran Perniagaan, Prof. Madya Mika Takayanagi.

Dekan UTM Razak School, Prof. Dr. Awaluddin Mohd. Shaharoun berkata, penganugerahan dua ijazah sarjana dalam satu masa itu adalah merupakan inisiatif pengantarabangsaan kampus UTM Kuala Lumpur khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi termaju.

"Lima daripada 11 graduan itu adalah penuntut UTM manakala enam lagi adalah penuntut dari Universiti Meiji. Masing-masing dianugerahkan Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan dari UTM dan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Meiji.

"Program ini bukan hanya membuka peluang kepada graduan memegang jawatan lebih tinggi dalam sesuatu organisasi, malah memberi manfaat kepada kedua-kedua universiti meningkatkan kualiti pengajian serta pengajian," katanya.

Program tersebut mula mengorak langkah mengambil penuntut kohort pertama seramai lima orang pada September 2011 diikuti enam orang pada kohort kedua yang dibuat pada Februari tahun lalu.

Awaluddin berkata, penuntut kedua institusi perlu mengikuti kuliah dan kursus intensif di kedua-dua negara selain diwajibkan mengikuti program pertukaran pelajar selama sebulan sebagai syarat pengajian.

"UTM juga dalam peringkat perbincangan untuk memperluaskan program itu ke negara seperti Indonesia, Sudan dan Turki bagi menjayakan aspirasi universiti terkenal di peringkat global," katanya.

Sementara itu, penerima Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan, Nor Fyadzillah Mohd Taha, 31, berkata, dia bertuah kerana terpilih untuk menjadi graduan sulung bagi program berkenaan dan bertambah gembira apabila diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Negara Matahari Terbit itu.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu akan meneruskan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di universiti yang sama dalam tempoh tiga tahun.

"Saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan kejayaan demi kejayaan akan saya capai dari semasa ke semasa. Apa yang perlu saya lakukan adalah terus bersemangat demi mencapai cita-cita," katanya.

Kesedaran bayar cukai semakin meningkat

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

JOHOR BAHRU 26 Okt. - Tahap kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menunjukkan perubahan positif ekoran pelbagai program dan kempen yang dijalankan agensi itu di peringkat Pusat dan negeri.

Pengarah LHDN negeri, Md. Daud Ab. Rahman berkata, hingga kini terdapat 500,000 pembayar cukai di negeri ini yang aktif dan jumlah berkenaan dijangka meningkat seiring dengan peningkatan tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya membayar cukai.

"Hasil kutipan cukai itu untuk digunakan bagi pembangunan dan kemakmuran negara serta demi kesejahteraan rakyat. Jadi, orang ramai tidak perlu takut untuk melapor dan membayar cukai pendapatan.

"Malah, LHDN perlu dilihat sebagai organisasi yang dekat dengan rakyat dan bukan satu badan yang perlu ditakuti," katanya selepas merasmikan program Le Tour de Hasil (LTdH) 2013, di sini kelmarin.

Md. Daud berkata, program LTdH juga merupakan salah satu pendekatan pihaknya untuk mendekati masyarakat, sekali gus memberi kesedaran dan penerangan kepada mereka tentang pembayaran cukai.

Menurutnya, LTdH merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) aktiviti berbasikal serentak ke seluruh negara yang bertujuan untuk memberi kesedaran umum dan merakyatkan LHDN.

"Program yang julung kali diadakan itu disertai enam pasukan yang berpecah mengikut zon iaitu Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak dengan keseluruhan peserta kira-kira 300 orang dan berakhir di Cyberjaya pada 30 Oktober ini.

Bagi Johor, seramai 50 peserta akan berkayuh sejauh 350 kilometer melalui Nusajaya, Pekan Nenas, Pontian, Benut, Tampok, Batu Pahat, Parit Jawa, Muar dan seterusnya ke Melaka dan Seremban, Negeri Sembilan," katanya.

Katanya, di setiap lokasi terpilih, para peserta akan memberi cenderamata termasuk risalah tentang pembayaran cukai kepada orang ramai.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat