{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Shima sering dipukul ayah

Posted: 22 Oct 2013 12:19 AM PDT

DIPUKUL bapa ketika kecil dan kepalanya dibotakkan. Itu adalah sebahagian daripada bentuk hukuman yang pernah diterima gadis berusia 17 tahun ini walaupun kadangkala kesalahan yang dibuat itu terlalu kecil.

Meskipun perit untuk ditelan, Shima (bukan nama sebenar) terpaksa melaluinya memandangkan sikap baran bapanya itu sudah sebati dan tidak boleh diubah.

Akibat pengalaman hitam yang terpaksa dilalui itu menyebabkan dia mula berubah sikap dan menjadi liar ditambah pula ibunya juga gagal menasihati bapanya supaya tidak mengasarinya sebegitu rupa.

"Saya bencikan sikap ayah yang suka pukul saya di depan orang ramai hingga saya jadi tidak selesa bila berada di rumah dan mula keluar berfoya-foya bersama rakan-rakan di luar.

"Saya juga berkawan dengan mat rempit dan sering ke pusat hiburan sebagai cara untuk melepaskan tekanan yang dihadapi di rumah," katanya.

Shima berkata, dia juga tidak segan-silu meneguk arak biarpun mengetahui minuman tersebut haram bagi orang Islam.

Hinggalah pada suatu malam, dia minum arak terlalu banyak hingga mabuk dan tidak dapat mengawal dirinya.

"Rakan yang menghubungi ayah memberitahu saya mabuk teruk dan meminta dia datang mengambil saya pulang.

"Pada malam itu saya dipukul begitu teruk dengan batang buluh di depan orang ramai," katanya.

Tidak cukup dengan itu, bapanya juga bertindak memotong rambutnya hingga botak sebagai hukuman kerana ingkar dengan arahan.

Gadis dari salah sebuah negeri di selatan tanah air ini memberitahu, akibat sakit hati dengan layanan kasar bapanya itu, dia kerap kali lari dari rumah dengan seorang kawan lelaki.

Akibat daripada peristiwa itu, bapanya telah membuat laporan polis dan kemudiannya dia dihantar ke sekolah tersebut untuk pemulihan.

Awasi alahan awal kehamilan

Posted: 22 Oct 2013 12:19 AM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar FATHEEN ELLYN EZREEN ROSLI (Pelatih IKBN Peretak)

TIADA selera makan, muntah-muntah dan mengalami sakit hulu hati merupakan antara alahan yang akan dialami oleh sesetengah ibu mengandung di awal kehamilan.

Kehamilan dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan tetapi jika tidak dijaga dengan rapi, boleh mengganggu kesihatan dan mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.

Pun begitu, bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan, mereka dinasihatkan tidak mengabaikan pemakanan harian kerana pemakanan yang baik semasa mengandung dapat membantu mengekalkan kesihatan dan membekalkan khasiat yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi yang dikandung.

Oleh itu, wanita yang mengamalkan tabiat pemakanan secara sihat seharusnya memulakan pengambilan makanan berketumpatan nutrien yang tinggi dalam usaha mengekalkan berat badan yang sihat.

Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, ibu mengandung digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat selain pada masa yang sama mengutamakan diet yang seimbang.

Ini kerana katanya, setiap makanan yang diambil mempunyai peranan masing-masing sama ada dalam pertumbuhan janin ataupun kepada ibu mengandung itu sendiri.

"Ibu-ibu mengandung amat digalakkan mengambil set pemakanan yang penuh dengan khasiat seimbang agar mereka mampu memperoleh kesihatan yang baik di samping anak yang dikandung juga membesar dalam keadaan yang sihat.

"Apa yang dimaksudkan dengan set pemakanan yang sihat ialah set makanan yang penuh dengan nutrisi-nutrisi seperti kalsium, probiotik, asid folic, kalori, protien, zat besi, dan juga DHA.

"Sekiranya set pemakanan harian yang diambil penuh dengan segala nutrisi ini, ibu mengandung dan juga anak yang dikandung pastinya tidak akan mengalami masalah tumbesaran," ujarnya ketika ditemui pada sesi Memperkaya Kesejahteraan Palmer's yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, ungkapan 'makan untuk dua orang' bagi setiap ibu mengandung merupakan satu ungkapan yang tidak benar sama sekali malah hanya mitos semata-mata.

Ini kerana bayi yang dikandung akan memperoleh nutrisi daripada pemakanan ibu dan bukannya makanan yang dimakan secara berlebihan.

Mengulas lanjut mengenai pemakanan ibu mengandung, Indra menjelaskan, golongan itu seharusnya mengambil berat akan pola pemakanan harian mereka malah mereka digalakkan untuk merujuk kepada piramid makanan.

Piramid makanan seharusnya dijadikan petunjuk kepada ibu-ibu mengandung ini kerana sememangnya mempunyai nutrisi yang diperlukan ibu hamil.

Pada masa yang sama, seperti mana lazim individu lain, ibu-ibu mengandung juga digalakkan meminum air 10 gelas sehari ataupun 2.5 liter sehari.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan badan daripada kekurangan air dan juga untuk mengelakkan ibu-ibu mengandung ini daripada penyakit buasir.

Yang pasti, Indra memberitahu, banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan untuk lima hidangan sehari serta protein, karbohidrat dan nutrien.

Sepanjang tempoh kehamilan, Indra turut menasihati para ibu agar mengelak daripada mengambil minuman yang beralkohol dan juga berkafein.

Selain itu, minuman bercoklat dan bergas juga seharusnya dielakkan.

Kesemua minuman ini tidak baik untuk kesihatan ibu dan juga janin.

Pada masa yang sama, ibu-ibu mengandung turut dinasihatkan agar memilih makanan yang kebersihannya terjamin.

Elakkan sama sekali memakan makanan yang mentah ataupun kurang masak.

"Sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung, ibu-ibu hamil ini dinasihatkan agar berhati-hati ketika memilih makanan serta minuman.

"Makanan yang kebersihannya tidak terjamin serta minuman yang mengandungi alkohol, kafein, coklat, dan juga bergas seboleh-bolehnya elakkan.

"Ini kerana dapat mengganggu tumbesaran janin di samping kesihatan ibu itu sendiri," tambah Indra.

Yang pasti, Indra menjelaskan, ibu-ibu hamil juga seharusnya mendapatkan rehat yang mencukupi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat