{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Kanak-kanak obes risiko sakit jantung

Posted: 02 Oct 2013 11:30 PM PDT

DALAM satu kaji selidik yang dijalankan oleh Pertubuhan Jantung Sedunia mendapati bahawa separuh daripada orang dewasa menganggap mereka mula perlu mengambil langkah penjagaan kesihatan untuk melindungi diri daripada penyakit jantung dan strok hanya ketika memasuki usia 30 tahun.

Hasil kajian yang amat memeranjatkan itu, menjadi satu lagi bukti mengapa jumlah kanak-kanak obesiti meningkat dari tahun ke tahun.

Ibu bapa hanya mula memikirkan tentang gaya hidup sihat ketika mencapai usia matang dan membiarkan anak-anak menikmati apa saja dalam tempoh mereka membesar tanpa memikirkan risiko kesihatan.

Hakikatnya kanak-kanak yang mempunyai badan berlebihan, berisiko mengalami salur darah rosak dan tahap perlindungan insulin.

Keadaan ini mendedahkan mereka dengan penyakit diabetes dan atherosclerosis (penyumbatan salur darah yang membawa kepada serangan jantung).

Hasil kajian itu telah didedahkan oleh ahli sains dan penyelidik dari Jerman, Dr Norman Mangner ketika membentangkan hasil kaji selidiknya pada satu Kongres Kardiologi Kesatuan Eropah (ESC) 2013, di taman teknologi Sophia Antipolis di Perancis, baru-baru ini.

Kongres tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Jantung Sedunia 2013 yang dirai setiap 29 September.

Antara perkara yang dibincangkan dengan meluas pada kongres tersebut ialah betapa kesedaran terhadap penjagaan kesihatan harus bermula dari usia muda iaitu kanak-kanak.

Sementara itu, jurucakap ESC dari Norway, Prof. Grethe Tell berkata, para pembentang turut memberi penekanan bahawa penjagaan kesihatan harus bermula dari kecil.

Kata beliau, di Eropah satu daripada 10 kanak-kanak sekolah berusia lingkungan 10 tahun adalah obes.

"Tabiat buruk seperti pemakanan yang tidak sihat, mempunyai impak yang besar ke atas jantung kanak-kanak dan kesan itu turut dibawa hingga mereka dewasa.

"Senaman yang berkala serta pemakanan yang sihat harus menjadi sebahagian daripada gaya hidup masing-masing sejak dari kecil dan paling penting juga bagi ibu bapa memberitahu anak-anak bahawa merokok itu satu tabiat yang tidak sihat," jelas beliau.

Prof. Tell menambah, agak mengejutkan apabila kaji selidik mendapati ramai yang beranggapan penjagaan kesihatan yang sebenar bermula ketika usia mencecah 30 tahun.

"Hakikatnya langkah mengelak risiko penyakit jantung sebenarnya harus bermula dari usia kanak-kanak supaya kesihatan yang baik itu dapat berkekalan untuk satu jangka masa yang lebih lama.

"Garis panduan yang diletakkan ESC pula mencadangkan bahawa pencegahan harus bermula dari dalam kandungan lagi dan hinggalah ke akhir hayat," jelas beliau.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Dr. Mangner pula mendapati kanak-kanak obes menghidapi artheroscleroris peringkat awal apabila arteri atau salur darah menjadi tersumbat dengan lemak seperti kolesterol.

Apabila kanak-kanak menghidapi atherosclerosis risiko untuk mereka mendapat penyakit jantung (cardiovascular disease - CVD) amat tinggi.

"Situasi ini amat membimbangkan apabila kanak-kanak mempunyai tanda-tanda atherosclerosis, mereka amat berisiko untuk mendapat masalah jantung.

"Jadi amat penting bagi kanak-kanak menjalani kehidupan yang lebih aktif dan makan secara sihat supaya tidak menjadi gemuk dan sekali gus meletakkan diri mereka seumur hidup berpenyakit," jelasnya.

Selain itu, kanak-kanak obes juga menghadapi masalah perlindungan insulin yang mendedahkan mereka terhadap risiko pradiabetes dan tekanan darah tinggi sistolik.

Bahkan masalah kesihatan tersebut boleh berlanjutan walaupun selepas mencapai usia dewasa.

Satu lagi kajian yang melibatkan 2,552 responden berumur 25-39 tahun dalam kajian yang diberi nama Framingham yang telah berlangsung selama 30 tahun, mendapati kegemukan di kalangan orang dewasa muda meningkatkan risiko CVD atau diabetes sebanyak 23 peratus.

Peratusan itu juga didapati sama dengan individu yang mempunyai berat badan normal.

Prof. Tell membuat kesimpulan bahawa terdapat banyak bukti menunjukkan cara hidup tidak sihat di kalangan kanak-kanak merisikokan mereka untuk mendapat penyakit jantung ketika dewasa.

Justeru amat penting bagi ibu bapa untuk memberikan makanan berkhasiat, menggalakkan anak bersukan dan tidak merokok agar risiko tersebut dapat dielakkan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat