{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Kebaikan Madu, Gamat, Susu Kambing

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

Madu, Gamat, Daun ginkgo biloba

Untuk mengekalkan tahap kesihatan, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting dalam setiap sajian. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang kita boleh ambil. Salah satu sebagai makanan tambahan yang mampu memberikan zat dan nutrien yang tidak terdapat dalam makanan utama. Tiga makanan berikut adalah makanan diperakui sebagai makanan yang bukan sahaja memberikan khasiat tambahan, malah boleh membantu memulihkan pelbagai masalah kesihatan.

Khazanah dari dalam laut

Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Ia berbentuk seperti sosej, kulit yang keras dan memanjang. Khasiat gamat telah diperakui sejak sekian lama untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semula jadi.

Kajian daripada penyelidik tempatan dan luar mendapati bahawa gamat mengandungi kandungan protein, karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, dan vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi.

Salah satu elemen penting di dalam gamat adalah kandungan kolagennya yang tinggi iaitu sebanyak 92 peratus. Dengan komposisi yang banyak ini, ia mampu memerangi kesan penuaan, kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia malah mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak.

Gamat juga baik dikatakan untuk meredakan sakit sendi, mengurangkan ketegangan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit serangga. Kolagen daripada gamat juga membantu meningkatkan kadar kolagen asli di dalam badan dan seterusnya menganjalkan kulit supaya menjadi awet muda.

Penawar daripada madu

Madu adalah salah satu bahan makanan yang mempunyai sifat penyembuh semula jadi. Ia sudah dikenali sejak zaman dahulu sebagai salah satu sumber makanan yang baik untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.

Dalam perubatan Islam, madu sering digunakan sebagai ubat untuk membantu meringankan sakit seperti membersihkan kotoran di dalam usus, menormalkan kelembapan tubuh badan, mancairkan kahak dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Madu berperanan sebagai anti oksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina.

Madu boleh diamalkan dalam diet seharian kerana madu sesuai dijadikan pengganti gula sekaligus dapat menjaga kesihatan badan. Selain itu, amalan minum air madu hangat selepas makan boleh membantu melancarkan pencernaan serta meningkatkan metabolism tubuh.

Dari segi kecantikan, madu sebenarnya telah lama digunakan untuk mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.

Urat kaki bersimpul

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

Soalan

DOKTOR, saya rasa amat runsing. Saya mengalami masalah urat simpul dah agak lama. Saya pernah berjumpa doktor dan saya dengar doktor sebut masalah yang saya alami sebagai 'varicose vein'. Makin lama, urat simpul tersebut makin ketara. Saya mudah terasa lenguh-lenguh pada bahagian betis. Saya takut untuk berjumpa doktor lagi kerana sudah tentu mereka akan melakukan pembedahan. Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.

n Zarina, Sabah

Jawapan

Jangan runsing, masalah urat simpul adalah masalah yang biasa dialami oleh kaum hawa. Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada bahagian bawah kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda.

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit.

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan.

ElakMalangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba, iaitu baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda, jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah. Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki. Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak. Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang. Terdapat juga pelbagai jenis seluar ketat (tights) dan stokin khas untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba pakai untuk mengelakkan darah dari berkumpul di kaki.

Pakai seluar ketat atau stokin ini sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang untuk berkumpul di kaki. Tiada jaminan seluar ketat atau stokin ini dapat menghalang urat simpul daripada berlaku atau menghalangnya daripada menjadi teruk, tetapi ia mungkin dapat mengurangkan ketidakselesaan yang anda rasa.

Biasanya urat simpul tidak menyebabkan masalah serius. Tetapi jika ia berlaku di kawasan perineum iaitu kawasan di antara faraj dan dubur, doktor anda perlu mengawasinya dengan serius semasa anda bersalin. Beliau akan memastikan semasa anda meneran, perineum anda tidak terkoyak kerana ini boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Jika urat simpul anda tidak hilang selepas bersalin, anda boleh dapatkan rawatan. Namun, lebih baik jika anda tunggu sehingga anda telah selamat melahirkan jumlah anak yang anda inginkan sebelum anda menjalani rawatan kerana urat simpul berkemungkinan bertambah teruk dalam setiap kehamilan seterusnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat