{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Rawat masalah jangkitan

Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

SAYA mengalami masalah gatal-gatal di kawasan faraj saya. Masalah gatal-gatal ini membuatkan saya tidak selesa untuk menjalani aktiviti harian saya. Bolehkah doktor terangkan apakah punca dan kesannya?. Terima kasih

Zura, Kedah

Jawapan

Mohon berjumpa dengan doktor seberapa segera untuk mendapatkan rawatan. Agak susah untuk saya mengagak dengan tepat masalah tersebut. Bagi merawat sesuatu penyakit, seseorang doktor perlu mengambil sejarah pesakit secara terperinci, melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dan seterusnya membuat tata cara penyiasatan yang tertentu.

Saya tahu kebanyakan wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau faraj (vagina). Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air kecil dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani masalah berkenaan. Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada faraj sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Pada kebiasaannya masalah gatal boleh disebabkan oleh jangkitan kandida pada faraj disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (candida albicans) yang ada dalam faraj. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan faraj wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada faraj.

Punca

Selalunya, bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessari dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya. Masalah jangkitan oleh kandida dan trikomonas dimanisfestasi oleh gejala pengeluaran lendir yang berbau dari faraj, banyak, ada yang berkeladak dan berwarna kehijauan.

Ada juga penyebab lain yang menimbulkan masalah yang sama seperti mana yang dihadapi anda. Salah satunya adalah, infeksi cacing kremi (Oksiuriasis, Enterobiasis). Ia adalah suatu infeksi parasit yang terutama menyerang anak-anak, dimana cacing Enterobius vermicularis berkembang biak di dalam usus.

Kebiasaannya ia menyebabkan rasa gatal yang hebat di sekitar anus, kurang tidur (biasanya kerana rasa gatal yang timbul pada malam hari ketika cacing betina dewasa bergerak ke kawasan anus (dubur) dan menyimpan telurnya di sana), rasa gatal atau iritasi pada bahagian faraj (jika cacing dewasa masuk ke dalam faraj) dan di sekitar anus menjadi melecet, kasar, atau terjadi infeksi (akibat kerap menggaru). Infeksi cacing kremi dapat disembuhkan melalui pemberian ubat anti-parasit seperti mebendazole, albendazole atau pirantel pamoat. Seluruh anggota keluarga dalam satu rumah harus mengambil ubat tersebut kerana infeksi berulang boleh menyebar dari satu orang kepada yang lainnya. Untuk mengurangi rasa gatal, boleh disapukan krim anti gatal ke kawasan sekitar anus (dubur) sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Penyakit lain yang boleh menimbulkan gejala gatal pada luar faraj adalah penyakit scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta. Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini. Organ utama yang terlibat adalah kulit iaitu hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini menyebabkan tindak balas alergi berlaku dan menyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kesan utama apabila terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan mengelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan kemaluan ditingkatkan dengan membersihkan menggunakan air bersih, pemakaian pakaian dalam yang tidak ketat dan dibuat dari bahan kain kapas. Hindarkan pemakaian sabun, haruman pada faraj (vagina), serta jenis ubat-ubatan yang dapat mengiritasi permukaan kemaluan. Pilihlah sabun bayi dan bukan sabun wangi apalagi deterjen. Saya harap usah malu dan janganlah melengah-lengahkan untuk mendapat perawatan. Berjumpalah dengan Doktor dan rawatan yang terbaik dapat diberikan.

Kembali langsing

Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT

Sukar mengawal selera makan sering dialami mereka yang mengalami masalah berat badan. - Gambar hiasan

MEMANG mustahil jika hendak kurus sekelip mata. Ini kerana lemak yang terkumpul pada bahagian-bahagian tubuh sudah wujud sejak bertahun tetapi apabila hendak kurus dan langsing , mahukan sekelip mata.

Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kegemukan atau perut buncit inginkan semula tubuh yang langsing demi keyakinan diri dan kesihatan.

Persoalannya

1 - Adakah anda tahu bahawa jika anda sengaja mengelak makan sepanjang masa kerana anda berfikir ia tidak sihat dan menggemukkan atau anda percaya ia adalah punca perut anda buncit, ia boleh mengubah tahap hormon anda dan memberi kesan buruk kepada metabolisma anda?

2 - Tahukah anda jika anda berdiet ketat dari mengambil karbohidrat, hormon yang membakar lemak anda secara automatik menjunam, melambatkan proses metabolisma anda dan menyebabkan badan anda berhenti dari membakar lemak dalam kurang daripada 1 minggu?

3 - Tahukah anda pada masa ini wanita daripada semua peringkat umur di seluruh dunia, benar-benar membazir wang untuk rawatan dan produk yang langsung tidak berkesan. Sementara itu, tahukah anda terdapat segelintir kecil wanita dan lelaki bernasib baik kerana telah menemui sesuatu yang sebenarnya berkesan menghilangkan lemak selama-lamanya?

Tiga sebab mengapa wanita semakin gemuk walaupun cuba untuk kurangkan lemak. Kenapa ini berlaku?

1 - Kita semua mempunyai sel lemak yang terletaknya enzim penyimpanan lemak dan pembakaran lemak.

Bagi badan wanita, sel lemak adalah lebih besar dan mengandungi lebih banyak enzim penyimpanan lemak berbanding lelaki yang lebih banyak enzim pembakaran lemak dan lebih kecil.

2 - Estrogen adalah sebuah kumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal dan reproduktif pada wanita. Estrogen melipat gandakan lagi enzim penyimpan lemak, menjadikan penambahan lemak di sekeliling punggung dan paha.

3 - Diet ketat menyebabkan badan kita bertambah lapar tahap kebuluran, merendahkan enzim pembakaran lemak sehingga 50 peratus. Itulah sebab anda semakin sukar untuk kurus.

Kita mungkin berfikir kepada diri sendiri, "saya dah cuba setiap makanan, pil dan segala cara yang ada. Saya telah bersenam, menahan makan dan berusaha sedaya upaya namun semua tidak menjadi dan saya kembali gemuk."

Ya, gemuk dan lemak berketul-ketul di seluruh tubuh.

Kesan

* Ia memaksa anda memakai pakaian yang anda tidak suka. Pilihan lain dan anda terpaksa memakai apa yang ada dan yang muat pada anda. Agaknya saiz apa? S, M, L, XL, XXL

* Ia memaksa anda untuk berputus asa dan menerima diri anda seadanya sedangkan anda mampu berfikir dan bertindak lebih daripada itu.

* Ia menyebabkan anda berangan-angan mahu menjadi kurus seperti artis dan bukan menjadi diri anda sendiri.

* Anda akan mengalami kurang keyakinan diri, malu dengan penampilan fizikal dan lebih teruk berasa murung. terhadap hidup yang anda jalani setiap hari.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat