Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
- Perlu hadir sesi taklimat - PKB
- Golongan muda digalak cebur perniagaan
- Prasarana tubuh unit integriti
Perlu hadir sesi taklimat - PKB Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD TIGA penduduk Kampung Baru kelihatan tertarik dengan ilustrasi artis berhubung pelan cadangan pembangunan Kampung Baru selepas menghadiri sesi taklimat khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kelmarin. KUALA LUMPUR 13 Okt. - Taklimat khas yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) kepada pemilik dan pewaris hartanah merupakan medan untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai perancangan yang akan dilakukan ke atas kawasan itu. Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharuddin Abdullah berkata, penduduk dan pihak-pihak berkepentingan perlu menghadiri sesi taklimat yang diadakan secara bersiri itu bagi mengelakkan mereka mendapat maklumat yang salah. "Pembangunan semula Kampung Baru memerlukan kerjasama semua pihak dan mereka perlu memahami dan menerima maklumat tepat mengenai projek itu sebelum mencapai sesuatu keputusan. "Bagi mereka yang kurang faham dengan apa yang dirancang terhadap kawasan ini berpunca daripada mendapat maklumat daripada pihak ketiga sekali gus mengganggu kelancaran perancangan yang telah dilakukan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan penerangan dalam sesi taklimat khas kepada penduduk dan pewaris tanah Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman semalam. Yang turut hadir, Pengerusi PKB, Datuk Astaman Aziz dan Pengerusi Majlis Penasihat PKB, Datuk Mohd. Khay Ibrahim. Taklimat kepada penduduk Kampung Paya itu adalah siri keempat yang diadakan oleh PKB untuk menjelaskan hala tuju dan inisiatif yang ada dalam pembangunan semula kawasan itu. Terdapat tujuh buah kampung di Kampung Baru termasuk Kampung Paya. Tiga lagi siri taklimat khas itu telah dilaksanakan di Kampung Periuk dan Kampung Ujong Pasir. Sesi seterusnya akan dibuat di Kampung Atas A, Kampung Atas B dan Kampung Pindah. Tambah Naharuddin, tahap keyakinan pewaris tanah di situ juga mula meningkat selepas menghadiri sesi taklimat yang diadakan termasuk mengadakan perbincangan di pejabat PKB sebelum ini. "Ini adalah saluran rasmi PKB, dengan adanya sesi taklimat ini pelbagai persoalan atau penyelesaian dapat dicari secara bersama untuk menjayakan apa yang telah dirancangkan. "Ini juga landasan bagi PKB mendapatkan cadangan untuk ditambah dalam pelan induk pembangunan yang akan dimuktamadkan pada April 2014," ujarnya. |
Golongan muda digalak cebur perniagaan Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga dari kiri), menyerahkan plak tandatangan perasmian kepada Ibrisam Daud selepas merasmikan kedai motosikal S4M Motorsport sambil diperhatikan oleh selebriti jemputan, Datuk Rosyam Nor (kanan) dan Maznah Zulkifli (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, kelmarin. KUALA LUMPUR 13 Okt. - Golongan muda digalak supaya menceburkan diri ke dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan rantaian perniagaan yang kuat di kalangan bumiputera. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, golongan muda bumiputra harus berani untuk menjalankan perniagaan tidak kira kecil mahupun besar. "Apabila wujud ramai usahawan muda, ekonomi negara tidak lagi dimonopoli oleh sesetengah pihak sahaja," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bilik pameran S4M Motorsport di sini semalam. Tengku Adnan berkata, pembukaan kedai motosikal berkuasa tinggi itu merupakan satu usaha yang perlu dicontohi oleh golongan muda di negara ini dan diharap mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sementara itu, Pengurus Operasi S4M Motorsport, Ibrisam Daud berkata, perniagaannya turut menawarkan pelbagai perkhidmatan menarik seperti memberi nasihat teknik keselamatan menunggang motosikal dan juga bengkel. "Selain itu kami juga menawarkan pelbagai jenis aksesori dan alat ganti," katanya. |
Prasarana tubuh unit integriti Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Okt. - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar syarikat tersebut menubuhkan sebuah unit pengurusan integriti bagi memastikan ketelusan perkhidmatannya. Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, sehubungan itu, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan SPRM secara lebih mendalam mengenainya. "Jika perlu kita akan pelajari daripada amalan terbaik di seluruh dunia," katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Oktober sebagai bulan integriti Kumpulan Prasarana di Kelana Jaya dekat sini baru-baru ini. Yang turut hadir Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar. Terdahulu, Abu Kassim dalam ucapannya berkata, beliau tertarik dengan perkhidmatan syarikat pengurusan pengangkutan Amerika Syarikat, Metropolitan Transportation Authority (MTA) yang mempunyai unit pengurusan integriti yang dikenali sebagai Office of Inspector General (OIG) serta mencadangkan Prasarana melakukan perkara sama. Abu Kassim turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 11 kakitangan Prasarana yang dilantik sebagai Duta Integriti. Menurut Abu Kassim, antara tanggungjawab OIG ialah menyemak latar belakang syarikat yang berurusan bersama MTA bagi memastikan ketelusan kedua-dua pihak. Pada majlis tersebut, Ab Dalam pada itu, Ismail berkata, Prasarana juga bercadang untuk menghebahkan laporan secara tahunan mengenai salah laku kakitangan syarikat terbabit sekiranya mereka melakukan kesalahan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |