Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Empat sayap UMNO Selangor diarah mesyuarat semula Posted: 19 Oct 2013 12:47 PM PDT TANJONG KARANG 19 Okt. - Empat mesyuarat perwakilan sayap di tiga bahagian di negeri ini diarah diadakan semula ekoran wujudnya keraguan dalam perjalanan mesyuarat tersebut yang diadakan pada 12 Oktober lalu. Empat mesyuarat tersebut membabitkan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO masing-masing di bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Gombak manakala dua lagi mesyuarat sayap melibatkan Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Sepang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, arahan itu dibuat setelah Jawatankuasa Aduan UMNO negeri mendapat aduan daripada sayap bahagian berkenaan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan masing-masing baru-baru ini. Daripada aduan itu katanya, mesyuarat pemilihan Pergerakan Wanita UMNO PJS melibatkan isu pertukaran perwakilan manakala di Gombak pula melibatkan isu pengiraan undi yang meragukan. ''Di UMNO Bahagian Sepang pula, pemilihan sayap Puteri UMNO terpaksa diadakan semula susulan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian itu bersama 10 lagi ahli jawatankuasanya yang dipilih baru-baru ini meletak jawatan serentak kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang dijalankan. ''Begitu juga dengan mesyuarat pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Sepang, aduan yang diterima melibatkan pertikaian mengenai proses mesyuarat pemilihan yang tidak mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Noh berkata, Jawatankuasa Aduan UMNO negeri mendapati aduan tersebut berasas dan telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat. ''Ibu Pejabat UMNO telah bersetuju supaya mesyuarat pemilihan melibatkan sayap-sayap bahagian yang terlibat diadakan semula," jelasnya. Dalam pada itu, Noh menyatakan, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini bagi menetapkan tarikh pemilihan semua bagi semua sayap di bahagian berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |