{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Kanopi peniaga 'makan' jalan?

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Kesesakan di Jalan Wellman, pekan Rawang, Selangor didakwa berpunca daripada kedegilan pemandu meletakkan kenderaan mereka untuk membeli-belah di kanopi yang dipasang di hadapan kedai. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

RAWANG 21 Okt. - Kesesakan teruk di pekan Rawang di sini bukan lagi dianggap luar biasa.

Penduduk sekitar mendakwa kesesakan tersebut tidak hanya berlaku pada waktu puncak tetapi pada bila-bila masa sahaja, tidak kira siang mahupun malam.

Kesesakan didakwa berganda lebih-lebih lagi menjelang perayaan Deepavali yang bakal disambut kurang dua minggu lagi.

Penduduk mendakwa tindakan pemandu yang sesuka hati kenderaan mereka di tepi-tepi jalan semata-mata untuk singgah membeli belah di kanopi yang dipasang peniaga sejak seminggu lalu antara penyumbang utama kesesakan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Jalan Wellman di pekan berkenaan hari ini mendapati dakwaan tersebut berasas apabila pemandu dilihat memberhentikan kenderaan mereka di hadapan kanopi yang dididirikan sepanjang jalan.

Berdasarkan pemerhatian terdapat lebih 20 buah kanopi dipasang sepanjang jalan kira-kira 500 meter itu.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan jalan sehala dua lorong itu menjadi sempit dan berlaku kesesakan teruk sepanjang lebih dua kilometer sehingga ke Batu 16, Rawang.

Penduduk berhampiran, Saripah Zainab Syed Zain, 47, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memantau pemasangan kanopi oleh peniaga agar ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan.

Katanya, dalam masa sama tindakan perlu diambil terhadap pengguna kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan terutama berhadapan kanopi itu.

"Sepatutnya mereka perlu mencari tempat letak kereta berhampiran untuk membeli belah barangan keperluan di kawasan itu.

"Walaupun ia pemasangan kanopi itu hanya sementara sahaja, pihak berkuasa perlu memantau keadaan lalu lintas di kawasan itu," katanya.

Seorang pekerja berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 40, berkata, masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu sudah lama berlaku terutama menjelang musim perayaan apabila orang ramai keluar membeli belah.

Menurutnya, kesesakan biasanya berlaku pada sebelah pagi, tengah hari dan petang ketika orang ramai pulang dari tempat kerja ke rumah masing-masing.

"Sekiranya kenderaan tidak diletakkan sesuka hati, kesesakan sebegini tidak akan berlaku.

"Keadaan ini ditambah pula dengan lori yang memunggah barangan di hadapan kedai peniaga," katanya.

Turut berkongsi perasaan seorang warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 72.

Katanya, kesesakan itu sudah dianggap biasa kepada mereka yang sudah lama menjalankan perniagaan di situ dan tinggal di kawasan berhampiran.

"Awal-awal dahulu memang agak sukar tetapi apabila sudah lama, orang ramai mula memahami keadaan di situ, terutama menjelang perayaan.

"Bagi yang baharu situasi tersebut memang agak mengejutkan," katanya.

Penduduk tarik nafas lega

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Azemi Azizan (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Impian Putra, Kajang melihat kerja-kerja pembersihan yang dilaksana kontraktor JPS di kolam takungan taman perumahan itu, kelmarin. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KAJANG 21 Okt. - Penduduk Taman Impian Putra, Bangi kini boleh menarik nafas lega selepas kolam tadahan di situ sedang dibersihkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Kolam itu dicemari sampah dan disyaki menjadi habitat pembiakan nyamuk aedes.

Difahamkan, selain kerja-kerja pembersihan, sistem saliran baharu juga akan dibina di situ bagi melancarkan aliran air dari kolam berkenaan ke Sungai Semenyih yang sebelum ini turut tersumbat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kolam itu hari ini mendapati, semak-samun sedang dibersihkan oleh pihak kontraktor JPS dengan menggunakan sebuah jengkaut.

Jurucakap pihak kontraktor, Izwan Ramli, 29, ketika ditemui berkata, kerja-kerja tersebut dilaksanakan sejak Rabu lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada minggu hadapan.

"Sekarang ini, pihak kami akan membersihkan dahulu semak-samun di sekitar kolam ini. Selepas itu, kerja-kerja pembersihan kolam dan pembinaan terusan akan dilaksanakan pada minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk meluahkan rasa lega dan gembira berikutan tindakan pantas yang dijalankan oleh pihak JPS bagi menangani isu tersebut.

Pada awal bulan ini, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai kebimbangan penduduk sekitar kolam itu yang dicemari sampah-sarap dan disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk, termasuk nyamuk aedes.

Menurut penduduk, sehingga hari ini, aduan berhubung kes denggi berpunca daripada nyamuk aedes di kawasan itu telah meningkat kepada 58 kes.

Pada masa sama, penduduk turut meluahkan rasa terkilan terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang hingga hari ini masih gagal melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan parit dan perangkap sampah di sekitar kawasan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Putra, Azemi Azizan, 52, berkata, bagaimanapun penduduk mengambil inisiatif sendiri dan akan mengadakan gotong-royong membersihkan sistem perparitan itu pada 27 Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat berhubung aktiviti gotong-royong itu kepada pihak MPKj, JPS, Kementerian Kesihatan dan lain-lain untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti itu," katanya.

Penduduk, Zairil Abu Bakar, 38, pula memuji tindakan pantas pihak JPS selepas beberapa kali aduan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab termasuk MPKj.

"Kami agak terkilan dengan MPKj kerana gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit secara berkala selain hanya bergantung kepada inisiatif penduduk," jelasnya.

Rakannya, Baharin Isa, 42, menyifatkan kerajaan negeri tidak prihatin dan gagal menyelesaikan masalah rakyat berhubung isu tersebut.

"Kami mengharapkan mereka (MPKj) sebab kami bayar cukai. Kami bukan hendak mengkritik atau menyalahkan sesiapa tetapi mereka perlu ada sifat bertanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat," ujarnya.

Sehubungan itu, mereka turut berharap pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berkala selain bukan setakat berakhir di situ sahaja.

Timbunan sisa pokok 'ganggu' persekitaran

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

MOKHTAR Abdul Aduwad (kiri) dan Mohd. Hafizudin Mohd Shukri menunjukkan kesan kerosakan pagar akibat kerja-kerja penebangan pokok di Taman Halimahton, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Pihak bertanggungjawab yang menjalankan kerja-kerja menebang dan mencantas dahan pokok bersebelahan Akademi Tahfiz Darul Abrar, Taman Halimahton, Jalan Klang Lama dekat sini diminta membersihkan semula 'timbunan' pokok tersebut.

Ia berikutan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor sejak sebulan lalu turut mengakibatkan sebahagian daripada pagar di asrama berkenaan rosak selain saliran perparitan turut tersumbat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi itu hari ini mendapati, sebahagian besar pokok-pokok bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu telah ditebang dan dahannya dicantas oleh pihak kontraktor dan dibiarkan bertaburan di situ.

Penduduk mendakwa, kerja-kerja tersebut dijalankan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan di Lebuhraya Persekutuan iaitu berhampiran laluan motosikal sebelum susur keluar ke Cheras dan Jalan Klang Lama.

Penduduk, Mokhtar Abdul Aduwad, 39, berkata, keadaan tersebut dilihat menjejaskan persekitaran selain mengundang bahaya terhadap seramai 21 pelajar tahfiz di sekolah terbabit.

"Saya tidak pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab atas kerja-kerja terbabit. Saya difahamkan, kerja-kerja itu bukan di bawah tanggungjawab pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pihak asrama telah membuat aduan kepada DBKL dan mereka telah datang kira-kira dua minggu lalu untuk membersihkan sebahagian dahan-dahan pokok di dalam kawasan asrama. Saya difahamkan, pihak bertanggungjawab akan menggantikan semula pagar yang rosak itu," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut Mokhtar, dia bimbang jika saliran perparitan itu tidak diselenggara semula dengan baik akan mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes sekali gus membahayakan para pelajar di sekolah itu.

Dalam perkembangan sama, guru tahfiz, Mohd. Hafizudin Mohd. Syukri, 20, meminta pihak kontraktor yang bertanggungjawab membersihkan semula timbunan pokok-pokok itu dengan segera.

"Kami tidak kisah dengan kerja-kerja itu tetapi selepas itu mereka perlu membersihkannya semula kerana ia mejejaskan persekitaran. Kerja-kerja itu tidak dijalankan dengan sempurna. Sebelum ini kayu-kayu pokok bertaburan di dalam parit berkenaan," ujarnya.

Katanya, mereka bimbang dengan keadaan saliran perparitan itu yang dikhuatiri akan mengakibatkan jangkitan wabak penyakit denggi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat