Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
AS sedia adakan perbincangan dengan Iran Posted: 15 Oct 2013 10:16 AM PDT GENEVA 16 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan perbincangan dua hala bersama Iran, pada ketika rundingan nuklear di antara Tehran dengan enam kuasa dunia bermula semalam. "Kami sangat berbesar hati untuk menerima peluang mengadakan rundingan kerana sudah lama kami nyatakan hasrat tersebut, kata jurucakap Timbalan Ketua Jabatan Negara AS, Marie Harf ketika waktu rehat dalam perbincangan bersama negara Iran dengan AS, Rusia, China, Britain, Perancis dan Jerman. Timbalan Menteri Luar Iran Abbas Araqch sebelum ini berkata, delegasi dari Iran atau AS yang mengikuti rundingan program nuklear Tehran di Geneva harus menyatakan hasrat masing-masing untuk mengadakan perbincangan dua hala. - AFP |
Seorang tentera Britain terkorban di Afganistan Posted: 15 Oct 2013 10:13 AM PDT LONDON 16 Okt. - Kementerian Pertahanan Britain berkata seorang tentera mereka terkorban selepas ditembak oleh pihak musuh di selatan Afghanistan hari ini. Tentera tersebut dari Rejimen 14 ditembak dari dalam kenderaan peronda di kawasan Kakaran, wilayah Helmand dan maut ditempat kejadian. Bagaimanapun, pihak kementerian tidak mendedahkan identiti mangsa dan kaum keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut. Kematian terbaharu ini menjadikan angka korban tentera Britain di Afganistan meningkat kepada 445 orang sejak tahun 2001. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |