Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Aquino yakin tamatkan pemberontakan Islam Posted: 23 Oct 2013 02:27 PM PDT MANILA 24 Okt. - Presiden Filipina, Benigno Aquino menaruh keyakinan beliau mampu menamatkan pemberontakan pemisah Islam di wilayah selatan sebelum meletak jawatan pada 2016. Kerajaan berharap untuk memeterai perjanjian damai akhir bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) pada tahun ini, namun rundingan itu menjadi buntu. Ketika menjawab satu soalan pada forum koresponden asing, sama ada beliau yakin dapat menyelesaikan proses itu menjelang pertengahan 2016, Aquino menjawab, `ya, dan menambah kata, beliau memilih kelewatan, berbanding perjanjian dibuat secara tergesa-gesa dan `cacat. - AFP |
20 maut, bas terhumban gaung di Thailand Posted: 23 Oct 2013 02:26 PM PDT BANGKOK 24 Okt. - Sebuah bas pelancong yang membawa penganut Buddha warga emas terhumban ke dalam gaung di utara Thailand, semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 penumpangnya maut, manakala 16 lagi cedera. Menurut jurucakap polis, Kolonel Somdet Tosporn, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis keagamaan. ``Bas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter. Saya tidak boleh mengesahkan punca kemalangan tetapi jalan itu agak bengkang bengkok, katanya, sambil menambah kata, tiada warga asing dipercayai berada di dalam bas tersebut. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |