Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penduduk Madagascar mula mengundi Posted: 25 Oct 2013 02:30 PM PDT ANTANANARIVO 26Okt. - Penduduk Madagascar hari ini mula mengundi dalam Pilihan Raya Presiden yang diadakan dengan tujuan untuk mengembalikan demokrasi kepada negara ini selepas berlakunya krisis rampasan kuasa pada 2009. Kira-kira 7,8 juta penduduk layak untuk mengundi dalam pilihan raya tersebut bagi menggantikan kerajaan sementara pimpinan Andry Rajoelina, 39, yang merampas kuasa Presiden ketika itu, Marc Ravalomanana. Sebanyak 20,000 pos pengundian dibuka di seluruh negara ini kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan akan ditutup 11 jam kemudian. Beberapa pemain politik utama termasuk Rajoelina dan Ravalomanana dihalang daripada menyertai pilihan raya tersebut. - AFP |
Bunuh datuk, bom masjid, pelajar dipenjara 40 tahun Posted: 25 Oct 2013 02:30 PM PDT LONDON 26 Okt. - Seorang pelajar warga Ukraine dijatuhi hukuman penjara minimum 40 tahun oleh mahkamah Britain atas kesalahan membunuh datuknya yang merupakan penganut agama Islam dan meletakkan bom di tiga masjid. Pavlo Lapshyn, 25, mengaku bersalah pada Isnin lalu atas tuduhan menikam datuknya, Mohammed Saleem, 82, sehingga mati ketika mangsa pulang dari masjid di bandar Birmingham pada April lalu. Defendan turut mengaku bersalah meletakkan bom di tiga masjid di tiga bandar iaitu di Walsall, Wolverhampton serta Tipton pada Jun dan Julai lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |