Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Turki cadang beli sistem antipeluru berpandu Posted: 26 Oct 2013 10:41 AM PDT ANKARA 26 Okt - Turki hari ini berkata, ia telah membuka tawaran baru berhubung cadangannya untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh pertamanya. Tawaran ini masih dibuka. Jika syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi tawaran yang lebih baik, kami bersedia berunding dengan mereka," lapor akhbar Turki yang memetik, Menteri Luar, Ahmet Davutoglu. Bulan lalu, dalam usaha memberi tekanan kepada sekutu-sekutunya dalam NATO, terutama AS, Ankara mengumumkan bahawa ia telah mengadakan rundingan dengan syarikat China, Precision Machinery Export-Import Corporation (CPMIEC) untuk membeli sistem antipeluru berpandu jarak jauh dari syarikat itu. AS berkata, ia memberi perhatian berat terhadap rundingan Ankara dengan China itu yang melibatkan kos bernilai AS$4 bilion (RM12.8 bilion). Sejak beberapa dekad lalu, AS telah mengenakan beberapa sekatan ke atas syarikat China itu kerana menjual senjata dan teknologi peluru berpandu kepada Iran dan Syria. CPMIEC, yang membina sistem peluru berpandu HQ-9, menewaskan saingan daripada rakan AS, Raytheon dan Lockheed Martin, syarikat Rosoboronexport dari Rusia, dan konsortium Itali-Perancis, Eurosam dalam bidaan itu. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu mempertahankan keputusan untuk mengadakan rundingan dengan syarikat China itu. Tiada sesiapa berhak untuk campur tangan dalam keputusan (Turki)," katanya. - AFP |
Iran perlu dijemput rangka rundingan damai Syria Posted: 26 Oct 2013 10:38 AM PDT DUBAI 26 Okt - Seorang diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Syria berkata, Iran perlu dijemput bagi merangka rundingan damai di Geneva, lapor stesen televisyen berbahasa Inggeris Iran, Press TV. Iran merupakan sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara di Syria, manakala Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain menyokong kumpulan Sunnah yang menentang kerajaan Syria. Arab Saudi juga menunjukkan kebimbangan terhadap tanda-tanda pemulihan hubungan antara sekutunya Amerika Syarikat dengan musuh ketatnya di rantau ini, Iran. "Kami percaya penyertaan Iran pada persidangan di Geneva adalah perlu dan membuahkan hasil, maka kami berharap pelawaan akan dibuat (kepada Iran)," kata Lakhdar Brahimi pada sidang media di Teheran, lapor Press TV, yang menterjemahkan temu bual langsung Lakhdar ke dalam Bahasa Inggeris. "Saya, Setiausaha Agung PBB, dan banyak pihak lagi mahu melihat Iran mengambil bahagian dalam persidangan itu," katanya. Beberapa orang pegawai, termasuk ketua Liga Arab, Nabil Elaraby, telah menyatakan bahawa mereka berharap persidangan 2 Geneva akan diadakan pada 23 November ini, walaupun AS, Rusia dan PBB menyatakan mereka belum menetapkan tarikh untuk rundingan itu. Washington sebelum ini berkata, ia akan menjadi lebih terbuka untuk Iran mengambil bahagian pada persidangan di Geneva itu, jika Teheran secara terbuka menyokong kenyataan 2012 yang menggesa dibentuk satu kerajaan peralihan di Syria. Iran, bagaimanapun menolak syarat itu bagi menyertai persidangan tersebut. Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika bercakap pada sidang media yang sama dengan Lakhdar hari ini berkata, Iran akan menyertai persidangan di Geneva jika dijemput. "(Kami akan) mengambil bahagian dengan matlamat untuk mengesyorkan penyelesaian politik dengan menyediakan peluang bagi semua pihak di Syria untuk berunding antara satu sama lain," kata Zarif kepada Press TV. Persiapan untuk mengadakan persidangan itu yang bertujuan untuk menamatkan konflik Syria yang telah mengorbankan lebih 100,000 orang dan berjuta-juta lagi menjadi pelarian, dibuat ketika hubungan antara Washington dan Arab Saudi tegang berhubung konflik itu dan peranan Iran. Minggu ini, kerajaan pembangkang Syria dalam buangan menggesa Barat dan negara-negara Arab komited untuk menghadiri rundingan damai itu, sambil menyatakan mereka akan mengambil bahagian sekiranya Assad setuju melepaskan kuasa. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |