Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Pakar senjata kimia mula laksanakan resolusi PBB Posted: 03 Oct 2013 11:14 AM PDT DAMSYIK 4 Okt. - Sembilan pakar senjata yang ditugas untuk melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memusnahkan senjata kimia milik Syria memulakan tanggungjawab mereka hari ini, dengan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui, lapor jurugambar AFP. Dua hari selepas tiba di Damsyik, pakar-pakar dari Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) itu menaiki tiga buah kenderaan milik PBB. Mereka merupakan sebahagian daripada 19 pakar senjata yang tiba di sini kelmarin untuk menyelia pelaksanaan resolusi PBB, yang mengarahkan Syria supaya memusnahkan senjata kimia milik negara itu. - AFP |
Kakitangan kedutaan Rusia di Libya dipindahkan Posted: 03 Oct 2013 11:14 AM PDT MOSCOW 4 Okt. - Rusia akan memindahkan kesemua kakitangan kedutaannya termasuk ahli keluarga mereka di Libya hari ini, ekoran serangan ke atas kedutaan tersebut oleh penunjuk perasaan kelmarin. Kesemua yang terlibat dilaporkan akan dibawa pulang ke Rusia. Menteri Luar Rusia berkata, keputusan itu diambil selepas Menteri Luar Libya memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak lagi dapat menjamin keselamatan mereka di negara Arab tersebut. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |