Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
WWF bantah cubaan terokai taman negara Afrika Posted: 07 Oct 2013 10:50 AM PDT PARIS 8 Okt. - Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) akan cuba menghalang cadangan untuk mencari gali minyak di taman negara Afrika yang menjadi habitat kepada 200 ekor gorila. Kumpulan pemuliharaan itu bersama Jabatan Inovasi Perniagaan dan Kemahiran Britain memfailkan aduan mereka hari ini terhadap penerokaan yang akan dilakukan oleh SOCO International di taman negara Congo Virunga, tapak warisan dunia yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai `dalam bahaya. "SOCO melanggari garis panduan pelan Pertubuhan Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dalam mengekalkan pertumbuhan mampan, pendedahan awam dan beberapa kesalahan lain, kata WFF. - AGENSI |
PBB arahkan kakitangannya di Yemen supaya berlindung di rumah Posted: 07 Oct 2013 10:48 AM PDT SANAA 8 Okt. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan kakitangannya di Yemen supaya berlindung di kediaman masing-masing, sehari selepas berlakunya kejadian tembakan yang membunuh seorang pengawal keselamatan kedutaan Jerman di negara tersebut. Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa juga menasihatkan kakitangan mereka supaya melakukan perkara sama dengan mengurangkan aktiviti di luar. "Para pekerja harus menetap di rumah dan tidak bergerak ke mana-mana, tidak dibenarkan ke kedai atau pun ke mana sahaja, keadaan ketika ini tidak menentu dan kita harus mengambil langkah berjaga-jaga, menurut satu nota yang dihantar oleh Jabatan Keselamatan PBB. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |