Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
OPCW mahu hantar lebih ramai pakar senjata kimia ke Syria Posted: 08 Oct 2013 10:14 AM PDT AMSTERDAM 9 Okt. - Pemerhati senjata kimia dunia akan menghantar lebih banyak pakar pemeriksa ke Syria untuk membantu memusnahkan simpanan senjata toksik yang dimiliki oleh Presiden Bashar al-Assad. Ketua Pengarah Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu dalam satu kenyataan berkata, Syria telah `melakukan satu permulaan yang baik dalam proses yang memakan masa yang panjang dan sukar. OPCW bulan lalu menerima laporan dakwaan bahawa wujudnya senjata kimia milik Syria dan telah menghantar pasukan pemeriksa pertamanya baru-baru ini. - REUTERS |
Ikhwanul Muslimin bukan lagi NGO yang sah Posted: 08 Oct 2013 10:12 AM PDT KAHERAH 9 Okt. - Kabinet Mesir hari ini mengarahkan pihak berkuasa supaya menyingkirkan pergerakan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sah mengikut perintah kehakiman, lapor media negeri. Penyingkiran itu berlaku selepas mahkamah Mesir bulan lalu mengharamkan pergerakan tersebut daripada beroperasi dan turut mengarahkan aset mereka dirampas, susulan kekecohan yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin selepas pihak tentera menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi. Pada 23 September lalu, mahkamah juga telah mengharamkan mana-mana institusi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |