{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan Mahkamah Rayuan hanya merujuk kes The Herald

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hanya merujuk kepada kes penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan The Herald sahaja dan bukan secara umum diputuskan kepada kalimah Allah yang terkandung di dalam semua Bible.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan itu untuk keputusan terakhir.

"Dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan, hanya memberikan keputusan kepada penggunaan kalimah Allah dalam The Herald. Dalam al-Kitab perkataan Allah itu masih boleh digunakan.

"Permintaan Menteri Dalam Negeri yang merayu kepada Mahkamah Persekutuan adalah untuk memberikan hukuman kepada The Herald," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta memperjelaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang sebelum ini berkata, kalimah Allah masih boleh digunakan di dalam Bible di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menyekat sebarang perundangan dan pengamalan agama lain tetapi mereka harus mengetahui bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah dihormati.

Katanya, penerbitan Kristianiti di Sabah dan Sarawak telah diberi kebebasan untuk menggunakan kalimah Allah.

"Saya rasa semua pihak harus faham, ini bukan sekadar tidak membenarkan penerbitan semata-mata. Ia adalah demi umat Islam jadi semua pihak harus menghormatinya," katanya.

Juruukur didenda RM20,000 hina Sultan Johor

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

JOHOR BAHRU 21 Okt. - Seorang juruukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menerusi laman Facebook Oktober tahun lalu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintah Ahmad Abd. Jalil, 28, yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Ahmad disabitkan bersalah atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook http://www.facebook.com/ ibrahim.osman.313371 dengan nama profail 'Zul Yahya' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi satu komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat negeri itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut menggunakan alamat internet protokol 175.139.168.216 di RD Resources Sdn. Bhd., No. 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur pada pukul 6 petang, 10 Oktober 2012.

Dakwaan terhadap Ahmad dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Dalam keputusannya, Muhammad Jamil berkata, keterangan tertuduh yang tidak pernah memuat naik gambar, tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook berkenaan dan tidak mengenali Ibrahim Osman adalah penafian semata-mata.

Terdahulu, peguam bela, Mohd. Radzlan Jalaludin yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dipenjara, sebaliknya dikenakan denda munasabah kerana tertuduh sedang menyambung pengajian peringkat sarjana dan hukuman penjara boleh menjejaskan masa depannya.

Selain itu, Ahmad mempunyai 10 adik-beradik dan seorang isteri yang sedang menuntut di universiti.

Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya memandangkan kesalahan menghina Sultan Johor adalah sesuatu yang serius.

Ahmad dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 8 November tahun lalu dan pada 14 Jun lalu, tertuduh diperintah membela diri atas pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan.

Sejak perbicaraan bermula pada 5 Februari lalu, seramai 30 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan termasuk tertuduh sendiri telah tampil memberi keterangan.

Pada prosiding hari ini, ibu bapa serta beberapa adik-beradik tertuduh turut hadir di mahkamah.

Ahmad dibebaskan selepas membayar denda.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat