Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Mitsubishi perkenal Pajero Sport dipertingkatkan Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT Tetsuya Oda bergambar bersama Pajero Sport VGT yang dilancarkan di Oasis Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI PETALING JAYA 8 Okt. - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukannya (SUV), Pajero Sport VGT dan GL versi yang dipertingkatkan, dalam usaha meningkatkan jualan keseluruhannya jenama itu ke Malaysia. Dua model itu mengalami beberapa perubahan seperti kemasan tempat duduk berkulit, gril dan bamper hadapan serta rim berbanding versi yang terdahulu. Bagaimanapun, pengenalan versi baharu ini turut membabitkan peningkatan harganya serendah hampir RM1,000 berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda (gambar) berkata, pengenalan Pajero Sport VGT dan GL versi dipertingkatkan itu diharapkan jenama itu mencapai sasaran jualan keseluruhannya model Mitsubishi sehingga 15,000 buah sehingga Mac 2014. Harga atas jalan (tidak termasuk insurans) Pajero Sport VGT dipasarkan dengan harga RM172,211.60 dan GL versi yang dipertingkatkan (RM151,277.60) |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |