Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Peperiksaan bertulis STAM bermula Isnin Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Okt. - Sebanyak 8,613 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 21 hingga 23 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober, di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara. Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, sebanyak 4,094 calon adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan, 2,601 calon sekolah menengah agama negeri, 685 calon sekolah menengah agama rakyat, 48 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian dan 1,185 calon persendirian. Semua calon dinasihatkan merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. Jadual peperiksaan juga telah diedarkan ke sekolah dan turut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp. Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan itu, semua calon juga diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. Seramai 804 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. - BERNAMA |
Pendidikan mampu beri kehidupan lebih baik Posted: 17 Oct 2013 10:56 AM PDT BUDIMAN Mohd. Zohdi (enam dari kiri) dan Kamarol Zaki Abd Malek (tujuh dari kiri) bergambar bersama guru-guru dan para pelajar sekolah Daerah Sabak Bernam sambil menujukkan akhbar Tutor keluaran Utusan Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH SABAK BERNAM 17 Okt. - Para pelajar khususnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada November ini diingatkan supaya berpegang pada prinsip bahawa hanya kecemerlangan pendidikan yang mampu mengubah nasib mereka ke arah kehidupan lebih baik pada masa depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik berkata, pendidikan adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh golongan pelajar bagi memastikan harapan ibu bapa dan kerajaan untuk melihat mereka berjaya tercapai. "Kerajaan telah banyak melaksanakan usaha untuk memastikan tahap pendidikan berada pada tahap yang terbaik, begitu juga ibu bapa, mereka juga telah bersusah payah termasuk mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya untuk melihat anak-anak mereka berjaya dan menikmati kehidupan yang lebih baik. "Jadi, balaslah pengorbanan mereka itu dengan berusaha mencapai kecemerlangan pendidikan terutamanya dalam SPM dan STPM nanti," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 orang pelajar daripada 16 buah sekolah di daerah ini yang bakal menduduki peperiksaan SPM sempena majlis perasmian Taklimat Akhir Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, di sini hari ini. Yang turut hadir dalam majlis anjuran Persatuan Alumni Yayasan Selangor (PAYS) itu ialah ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi dan Exco PAYS, Mohd. Ali Berkat Ali. Mengenai i-TR1M, Kamarol Zaki yang juga bekas guru berkata, program tersebut memberi manfaat besar kepada para pelajar bagaimana untuk melengkapkan diri menghadapi peperiksaan selain membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |