{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Zainuri kini pemangku Ketua Pemuda UMNO Selangor

Posted: 01 Oct 2013 10:58 AM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

ZAINURI ZAKARIA... Dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO Selangor.

SHAH ALAM 2 Okt. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria dilantik mengetuai pergerakan itu di negeri ini.

Difahamkan, pelantikan Zainuri itu dibuat atas dasar membolehkan beliau memangku tugas Ungku Salleh Ungku Jamal yang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri sejak tahun 2011.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut malam tadi.

Menurut Johan, pihaknya telah menerima surat daripada Pergerakan Pemuda UMNO pusat pada Jumaat lalu yang memaklumkan mengenai perubahan jawatan dalam Pemuda UMNO negeri itu.

Beliau memberitahu, antara perkara yang terkandung dalam surat itu ialah Pemuda UMNO pusat melantik Zainuri untuk menjalankan tugas-tugas Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda UMNO Selangor.

Utusan Online difahamkan keputusan itu diambil ekoran Ungku Salleh telah digantung keahlian partinya ekoran kes mahkamah.

Berikutan itu, beliau berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Serdang dalam pemilihan parti bulan ini. - UTUSAN ONLINE

4 Bahagian MCA kutuk tindakan

Posted: 01 Oct 2013 11:19 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Liow Tiong Lai

KUANTAN 1 Okt. - Empat Bahagian MCA di negeri ini mengutuk tindakan sebanyak 20 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang mengemukakan petisyen mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk mencela Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Ketua Bahagian MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkata, beliau terkejut selepas mengetahui 20 anggota CC menghantar petisyen itu kerana tindakan tersebut hanya akan mewujudkan provokasi dan perbalahan dalam parti selepas MCA gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Tindakan mengecam Tiong Lai hanya akan mencalarkan imej MCA. Saya amat bimbang perkara ini akan merosakkan parti sedangkan sekarang adalah masa terbaik menstabilkan kembali parti.

"Tindakan tersebut adalah sia-sia yang pada akhirnya akan mewujudkan pertelingkahan. Saya menyeru mereka (20 anggota CC) untuk menimbang kembali keputusan tersebut. Hentikan segala bentuk serangan peribadi dan penganiayaan terhadap pemimpin kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Bahagian MCA Paya Besar, Datuk Ng Fook Heng; Ketua Bahagian MCA Pekan, Yeo Boon Geok dan ahli-ahli MCA Indera Mahkota.

Sementara itu, menurut Fook Heng, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tsunami politik yang melanda MCA dalam pilihan raya umum lalu, bukan menyalahkan Tiong Lai.

"Apabila Parti Gerakan kalah teruk, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan (Presiden), namun Soi Lek pula enggan mengambil tanggungjawab tersebut dan bermain dengan permainannya pula.

"Sekarang mereka menyalahkan Tiong Lai kerana beliau bertindak selaku Pengarah Pilihan Raya MCA sedangkan pada hakikatnya, Tiong Lai tidak pula diberi kuasa penuh memilih calon di Pahang walaupun beliau merupakan Pengerusi MCA negeri. Ini tidak adil bagi Tiong Lai," katanya.

Tambah Fook Heng, selama ini Bahagiannya sentiasa memberi sokongan padu kepada Soi Lek kerana beliau merupakan Presiden parti yang dipilih tetapi dengan senario yang berlaku kepada MCA sekarang, mereka terpaksa bersuara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat