{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tindakan Tony Pua terus dibidas

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua terus dibidas atas tindakan berbaur perkaumannya yang menggelarkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bekas Pengarah Perhubungan Pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, tindakan Tony ditujukan kepada kedua-dua pihak yang digerakkan majoritinya orang Melayu itu dilihat untuk meningkatkan reputasi beliau pada mata orang Cina.

"Kebiadapan Tony ini sebagai satu lonjakan politik terhadapnya. Perkara ini dilihat selaras dengan kecenderungan Dinasti Lim dalam DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mengangkat karier politik Tony.

"Saya menyokong kuat segala tindakan ROS terhadap DAP kerana percaya badan tersebut prihatin terhadap aduan ahli parti itu sendiri. Sepatutnya Tony menyasarkan tohmahannya kepada Guan Eng kerana pengurusan beliau menjadi penyebab kepada semua kontroversi DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tony dalam laman Facebooknya baru-baru ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.

Abdul Aziz dalam pada itu menyeru orang Melayu terutama dalam kalangan penyokong pembangkang agar tidak dicucuk hidung dengan merestui segala tindakan DAP meskipun secara terang-terangan mencabar kesabaran mereka.

Jelas beliau, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas perlu mengelak daripada memberikan kebebasan yang melampau kepada individu seperti Tony untuk terus menaburkan politik kebencian di negara ini.

"Jangan biar kesilapan tersebut memakan diri PKR dan Pas, semata-mata kerana DAP adalah rakan satu pakatan pembangkang," katanya.

Ahli Pas sokong Syiah diminta keluar parti

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

KOTA BHARU 12 Okt. - Golongan dalam Pas yang terpengaruh dengan fahaman sesat Syiah digesa keluar daripada parti itu demi menghentikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan masyarakat Islam.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat (gambar) berkata, tiada tempat untuk pengikut Syiah di dalam Pas kerana parti itu berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata, golongan tersebut yang disifatkan sebagai penakut sepatutnya berhenti mengamalkan 'taqiyyah' atau berbohong untuk menyembunyikan keyakinan mereka kepada Syiah.

"Bagi saya orang yang tidak faham Syiah memang tidak akan faham, saya secara peribadi tidak teragak-agak menyatakan yang salah itu salah dan yang betul itu betul kerana kepentingan Islam mesti diletakkan di atas.

"Kalau golongan Syiah mahu ada parti sendiri, maka sila keluar dan tubuh parti, kenapa masih mahu menumpang Pas? Kenapa terus bertaqiyyah? Dasar orang penakut, timbulkan kepala kamu biar semua orang nampak, jangan terus ambil kesempatan daripada kebaikan orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab dalam seminar Syiah dan Kesesatannya anjuran Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan (Jarum) dan Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat