Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Ceramah berkelompok BN dekati pengundi Sungai Limau Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Ahmad Maslan JERAI 13 Okt. - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kaedah berceramah secara berkelompok bagi mendekati pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kaedah itu yang digunakan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini didapati berkesan untuk membuatkan pengundi berasa lebih dekat dengan BN. "Kita akan adakan ceramah kelompok pada waktu malam dan sembang petang dari rumah ke rumah pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau. "Perkara ini kita telah buat dan terbukti berjaya kerana tepat pada sasaran. Ceramah perdana bukan kita tidak mahu buat tapi ia selalunya tidak tepat kepada sasaran kerana yang hadir itu bukan pengundi di kawasan terlibat tetapi orang luar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera-jentera BN di bilik gerakan BN di Kampung Kabu, di sini hari ini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, ceramah perdana yang sering diadakan oleh pembangkang hanya satu mainan psikologi untuk menggentarkan jentera BN. "Nampak sahaja ramai tetapi kita tahu itu hanya mainan psikologi dan tak akan tertipu dengan perkara itu. "Sebenarnya yang lebih berkesan ialah ceramah kelompok dan sembang petang dari rumah ke rumah kerana kita boleh sampaikan secara terus kepada pengundi maklumat-maklumat penting berkaitan kerajaan," katanya. Tambahnya, jentera BN juga tidak perlu menunggu sehingga hari penamaan calon untuk memulakan ceramah berkelompok kerana ia penting untuk memastikan kemenangan parti. "Seawal mungkin saya minta jentera-jentera BN mulakan ceramah kelompok dari rumah ke rumah, jangan tunggu sehingga hari penamaan calon. Kita boleh mula dalam tempoh tiga empat hari lagi kerana kita tidak perlu memohon permit jika hanya adakan ceramah kelompok di rumah," jelasnya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada 23 Oktober ini manakala tarikh pengundian 4 November depan. Sebanyak 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK tersebut dengan 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi pengundi di luar negara. Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. |
Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia memuji sistem pemilihan UMNO yang baharu dan menyifatkan kaedah itu sebagai sistem terbaik untuk sebuah parti di Malaysia. Presidennya, Ng Lum Yong berkata, pemilihan sayap parti itu dilihat lebih telus selain menunjukkan prinsip demokrasi jika dibandingkan dengan kaedah pemilihan parti lain di negara ini. "Sejarah dicatat pada pemilihan sayap UMNO yang dilihat lebih telus dan demokratik. Perkara itu membawa satu imej, era dan politik baharu dalam sejarah UMNO serta Barisan Nasional (BN). "Keputusan meminda Perlembagaan parti pada 2009 merupakan satu keputusan yang tepat sejajar dengan manifestasi terhadap ketelusan kepimpinan serta usaha mentransformasikan UMNO," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sebanyak 33,012 calon terlibat dalam pemilihan sayap parti semalam membabitkan 247,000 kertas undi di 572 undi pusat pengundian. Katanya, sistem electoral college yang diguna pakai membolehkan peringkat bahagian memiliki satu undi itu lebih mencerminkan penerimaan ahli di peringkat akar umbi. "Saya mencadangkan agar semua parti dalam BN menggunakan sistem pemilihan UMNO kerana terbukti membawa satu era dan politik baharu serta demokratik dalam usaha mentransformasikan BN," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |