{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


'Guan Eng punca kemelut'

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

Zulkifli Mohd. Noor, Lim Guan Eng

PULAU PINANG 14 Okt. - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dicabar mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng kerana didakwa menjadi punca kepada kemelut dalaman DAP sehingga memaksa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan semula.

Bekas Naib Pengerusi parti itu, Zulkifli Mohd. Nor berkata, cabaran itu rasional kerana sistem demokrasi adalah tunjang kepada perjuangan DAP dan oleh kerana itu sepatutnya tiada unsur pilih kasih dalam mengenakan tindakan terhadap pemimpin atau ahli yang melakukan kesilapan.

Menurutnya, pemilihan semula CEC DAP yang diadakan 29 September lalu juga didakwa mempunyai unsur meragukan dengan kehadiran 450 perwakilan haram daripada 120 cawangan yang dinaik taraf.

Sebanyak 120 cawangan itu asalnya dari kategori B yang hanya layak menghantar pemerhati, namun telah dinaik taraf kepada kategori A yang melayakkan mereka menjadi perwakilan dan mengundi.

CEC sebenarnya tiada kuasa untuk menaik taraf kategori cawangan ini kerana mereka sendiri tak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), malah itulah punca kepada undi tinggi yang diterima oleh Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, kehadiran 450 perwakilan haram itulah yang menambah undi Guan Eng pada CEC berkenaan sedangkan undi sebenar yang diterimanya hanya sekitar 900 undi.

Tambahnya, keputusan itu juga membuktikan ideologi Malaysian Malaysia yang dibawa DAP adalah bersifat songsang dan tidak menepati maksud sebenar demokrasi.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan kepada ROS berkaitan isu itu, Zulkifli berkata, ROS sendiri perlu melakukan siasatan berdasarkan laporan akhbar yang dibuat oleh ahli DAP.

Saya sendiri tidak akan membawa perkara ini kepada ROS seperti pemilihan lalu dan biar ahli di peringkat akar umbi yang memikirkan sama ada mahu membawa isu pemilihan semula ini kepada ROS atau sebaliknya," ujarnya.

Zulkifli baru-baru ini mendakwa, orang Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

DAP sudah tidak demokratik - Asogan

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

BUTTERWORTH 14 Okt. - Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asogan menyifatkan parti itu kini tidak lagi demokratik kerana dipimpin oleh individu yang mempunyai kepentingan masing-masing serta tidak boleh menerima kritikan ahli akar umbi.

Menurutnya, keadaan itu dapat dilihat apabila ahli-ahli cawangan dan akar umbi yang mempersoalkan kepentingan kepemimpinan parti akan 'dihukum' dengan pelbagai cara termasuk dipecat selain ada yang tidak dibenarkan mengundi semasa kongres parti berkenaan.

Dalam hal ini ujar beliau, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sering mengkritik parti politik lain dengan pelbagai dakwaan, tapi beliau tidak cermin mukanya terlebih dahulu.

"Saya yang mengkritik untuk tujuan kebaikan parti dipecat, inikah yang dinamakan demokratik? DAP kini tidak demokratik dan berbeza di bawah Dinasti Lim," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mempersoalkan surat pemecatan terbaharu yang dihantar kepadanya oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai pada 7 Oktober lalu.

Asogan berasa keliru dengan kesahihan surat pemecatan berkenaan kerana sehingga kini Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan kongres khas DAP bulan lalu termasuk pemenang Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih.

"Saya mahu bertanya kepada Kok Wai adakah kongres itu sah di sisi undang-undang. Ini kerana ROS masih belum beri lesen. Tindakan beliau hantar surat itu kepada saya boleh diibaratkan seperti memandu tanpa lesen dan salah di sisi undang-undang," katanya.

Asogan berkata, Kok Wai bertindak seperti 'anjing suruhan' Guan Eng dengan menghantar surat pemecatan secara tergesa-gesa kepada beliau demi mahu menyelamatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada terus dikritik oleh ahli akar umbi.

"Selagi ROS tidak mengiktiraf kongres khas yang diadakan semula baru-baru ini, bermakna semua jawatankuasa dalam parti tidak sah termasuk Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti yang disandang Kok Wai.

"Selepas ROS memberi kelulusan, barulah parti boleh menubuhkan jawatankuasa berkenaan dan saya ingin bertanya, atas suruhan siapa Kok Wai menghantar surat pemecatan itu," katanya.

Secara sinis Asogan berkata, kekeliruan mengenai bidang kuasa dan undang-undang tidak harus timbul kerana DAP mempunyai banyak peguam handal dalam parti berkenaan.

"DAP tidak demokratik kerana berat sebelah. Saya mendapat maklumat ketika kongres khas diadakan hanya Guan Eng dan Karpal Singh yang dibenarkan berucap sedangkan majlis berkenaan seharusnya menjadi medan untuk ahli menyuarakan pendapat masing-masing," katanya.

Menurut beliau, beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan juga disekat apabila tidak boleh mendapatkan nombor telefon dan alamat perwakilan yang mahu mengundi sedangkan tiada halangan berbuat demikian terhadap Guan Eng dan sekutunya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat