{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tony Pua seperti orang yang 'tidak berpelajaran'

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ketua Publisiti DAP, Tony Pua telah bertindak di luar batas dan terlalu biadab apabila menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, perkataan 'anjing' itu menyentuh sensiviti masyarakat Melayu dan apa yang diutarakan boleh diambil kira sebagai perkauman.

"Sekalipun tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, jangan gunakan perkataan kasar. Apa yang Tony Pua lakukan boleh membawa masalah kepada hubungan antara masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.

"Dalam hal ini, Tony Pua perlu menarik balik perkataannya dan segera meminta maaf kerana dia telah menghina banyak institusi dengan kata-kata biadab itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tony Pua menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.

Lum Yong turut meminta pimpinan tertinggi DAP iaitu Pengerusinya, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng untuk membuat pendirian sebenar parti itu dalam isu tersebut.

"Tony Pua sewajarnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin DAP, apa yang dilakukannya nampak seperti kecil tetapi perkara yang nampak kecil itu memberi kesan sehingga mengeruhkan hubungan antara masyarakat," katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsa Alla Pitchay berkata, perkataan bersifat 'kurang ajar' yang digunakan oleh Tony Pua menunjukkan wajah sebenar pemimpin DAP tidak profesional dan berkaliber.

"Apa yang dia lakukan adalah amat kurang ajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang merupakan Ahli Parlimen.

"Sikapnya itu seperti orang yang tidak berpelajaran dan terlalu emosional sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat di negara ini," katanya yang turut mendesak Tony Pua untuk mengeluarkan kenyataan maaf dengan segera.

Ko Youn tidak tanding Presiden Gerakan

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

IPOH 15 Okt. - Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn hari ini mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan nombor satu parti itu menjelang pencalonan pemilihan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Ko Youn yang berkecimpung dalam politik selama 29 tahun berkata, beliau mengambil tindakan itu bagi membolehkan orang muda memikul jawatan tersebut, selain bertujuan menyatupadukan parti.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak bertanding setelah mengadakan beberapa perbincangan dan mendengar pandangan dan nasihat daripada pemimpin Gerakan.

"Lagipun, saya sudah enam kali menjadi calon semasa pilihan raya, bermula pada 1990 dan terakhir pada Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila bertanding di Parlimen Beruas sebelum mengambil alih tugas sebagai Pemangku Presiden sejak Mei lalu selepas Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada Rumah Orang- Orang Tua Kampung Simee di sini hari ini.

Sebanyak 2,000 delegasi bakal menentukan barisan kepimpinan parti Gerakan yang baharu menjelang Persidangan Perwakilan Nasionalnya yang akan berlangsung pada 26 Oktober ini.

Antara jawatan penting yang akan dipilih oleh perwakilan termasuklah Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 18 Ahli Jawatankuasa Pusat.

Utusan Malaysia difahamkan, Ko Youn memutuskan untuk tidak merebut jawatan Presiden setelah perwakilan di Pulau Pinang tetap berkeras mahu calon mereka iaitu bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bertanding kerusi nombor satu berkenaan biarpun pada awalnya dicadangkan bertanding Timbalan Presiden.

Dalam pada itu, Ko Youn menegaskan bahawa keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden Gerakan tidak bermakna beliau akan meninggalkan dunia politik.

Sebaliknya katanya, beliau akan terus aktif dengan memainkan peranan lain dalam Gerakan itu bagi mengelakkan perpecahan parti.

"Saya berharap pemimpin parti akan melihat isu ini secara serius memandangkan pencalonan hanya tinggal kurang empat hari lagi kerana kita harus bekerja sebagai satu pasukan.

"Apa yang saya takutkan apabila pihak menang akan meminggirkan yang kalah dan calon kalah itu tidak bekerjasama.

"Hal ini yang harus kita elakkan, lebih-lebih lagi selepas rekod buruk Gerakan pada PRU-13 dan sebab itu, saya selalu tekankan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak harus dipertandingkan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat