{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jenice Lee tarik balik saman

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

Jenice Lee

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee hari ini menarik balik saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap DAP bagi memohon perisytiharan agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan.

Peguam Harjit Sandhu yang mewakili Jenice memberitahu, saman tersebut ditarik balik ekoran DAP mengeluarkan surat bertarikh 7 Oktober lalu yang mengarahkan anak guamnya mengemukakan tunjuk sebab kenapa keanggotaan beliau tidak boleh dilucutkan.

''Dengan perkembangan tersebut, anak guam kami menganggap beliau masih lagi ahli DAP,'' katanya kepada pemberita selepas prosiding di kamar hakim.

Pengeluaran surat tersebut oleh DAP kepada ahli politik wanita itu disahkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili parti tersebut.

Menurut Harjit, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membenarkan Jenice menarik balik saman tersebut tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Pada 20 April lalu, Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Pada masa sama, Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut mendapati, pemilihan CEC itu tidak dijalankan mengikut perlembagaan parti.

Berikutan itu, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha pada 5 Jun lalu telah memfailkan saman terhadap DAP dengan menamakan parti itu sebagai defendan melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau selaku plaintif menuntut agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang sesuai.

Anggota CEC tidak layak wakili rakyat?

Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan kelayakan anggota-anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang kini memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, perkara itu berikutan dakwaan wujud sebanyak 450 perwakilan haram semasa pemilihan jawatankuasa tersebut baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:

1. Kita minta Anwar memperjelaskan apakah benar jika wujud 450 perwakilan haram semasa pemilihan semula CEC maka semua pemimpin parti DAP di peringkat CEC boleh kita anggap mereka sebagai Pemimpin Haram. Apakah mereka semua layak menjadi Ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat.

2. Biasanya jika status kesahihan dan kedudukan dalam parti sendiri pun diragui maka bagaimana mereka mahu jadi pemimpin kepada rakyat dan negara. 'Pemimpin haram' dari segi undang-undang tetap haram dari segi moral. Kita tahu Anwar tidak begitu kisah tentang persoalan moral tetapi rakyat ambil berat tentang moral.

3. Kita meminta Anwar buat komen mengapa tiada satu calon Melayu pun menang dalam pemilihan CEC. Apakah DAP parti rasis?

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat