{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tony Pua biadab

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

KLUANG 5 Okt. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, perbuatan tersebut amat keterlaluan, biadab, kurang ajar dan perlakuan buruk itu dibimbangi akan menjadi ikutan generasi muda jika terus menerus diamalkan.

"Kalau nak berpolitik ada had dan batasan. Sikap kurang ajar ini akhirnya akan menyuntik dan mengajar anak-anak kita untuk meneruskan amalan yang biadab.

"Ini bukan cara kita. Jangan mudah kata ROS dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Mindef di Dataran Kluang di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, perkara tersebut mungkin sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai namun menyerahkan hal itu kepada rakyat bagi membuat penilaian.

Tindakan Guan Eng dipersoal

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

PULAU PINANG 5 Okt. - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dijadual akan menandatangani perjanjian projek pembinaan terowong dasar laut di sini esok.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, beliau berasa pelik bagaimana Guan Eng yang bertanggungjawab terhadap polisi kerajaan negeri boleh menandatangani perjanjian satu projek mega pada hari Ahad sedangkan esok semua pejabat kerajaan tutup kerana cuti hujung minggu.

"Beliau juga dilihat tergesa-gesa kerana projek terowong itu belum dimuktamadkan dari sudut kajian yang melibatkan soal alam sekitar yang sememangnya perlu diperdebatkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng semalam mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan projek terowong itu serta tiga projek lebuh raya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri memberi persetujuan.

Jelas Rahmad, beliau khuatir sekiranya perjanjian projek berkenaan dipertikaikan dari sudut undang-undang sehingga membawa kerugian kepada kerajaan negeri sendiri.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat