{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


BN siap sedia hadapi PRK DUN Sungai Limau

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

MUHYIDDIN Yassin beramah mesra sambil minum petang bersama Mukhriz Mahathir; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan pimpinan UMNO yang lain dalam majlis santai dengan penduduk Sungai Limau dekat Jerai, Kedah, semalam.

JERAI 8 Okt. - Pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu pada 4 November ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya yang dibentuk dengan penuh bersemangat terutama di peringkat negeri walaupun dalam situasi parti sedang menghadapi pemilihan tersebut.

Menurut beliau, BN mempunyai peluang merampas kerusi itu walaupun DUN Sungai Limau dianggap kubu kuat Pas memandangkan pernah menjadi wakil kepada penduduk di kawasan tersebut sebelum ini.

"Jentera yang dibentuk untuk menghadapi PRK ini bersemangat walaupun dalam suasana proses pemilihan UMNO. Jentera ini akan bekerjasama dalam apa juga keadaan walaupun dalam pemilihan ini akan ada yang menang dan kalah, namun mereka berjanji akan bekerjasama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa UMNO Empat Peringkat Bahagian Jerai di Bangunan MADA Sungai Limau Yan dekat sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Menyentuh tentang calon, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan nama calon BN bagi PRK itu pada 21 Oktober ini setelah senarainya dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk dipertimbang.

"Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai.

"Nama calon akan diumumkan pada 21 Oktober ini. Saya sendiri akan buat pengumuman itu dan harapan saya proses pilihan raya kecil (akan) berjalan baik," katanya.

Beliau turut menggesa pengundi di kawasan itu memberi peluang kepada BN menjadi wakil rakyat mereka dalam usaha memastikan kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan baik.

"Sebab itu kita sedia untuk bertanding di PRK ini agar semua kawasan di sini dapat dibangunkan. Kita tahu penduduk di sini terlibat dengan pertanian kerana ada petani dan nelayan selain ada yang bekerja sendiri, profil ini penting supaya kita dapat penuhi aspirasi mereka," katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu, Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru termasuk sepupu beliau, Mohd. Fazillah Mohd. Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut yang diadakan pada 24 Julai lalu.

Fokus Wanita UMNO tidak terganggu - Shahrizat

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

JERAI 8 Okt. - Wanita UMNO memberi jaminan kesibukan pemilihan sayap itu bagi semua jawatan tidak akan mengganggu persiapan jentera pergerakan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sebagai bukti, pergerakan itu menjadi sayap pertama yang turun padang meninjau keadaan pengundi di Sungai Limau meskipun kempen pemilihan UMNO bagi semua sayap hanya berbaki empat hari lagi.

Katanya, pergerakan itu sentiasa insaf bahawa mereka adalah tunjang kepada kekuatan jentera UMNO dalam setiap kempen pilihan raya dan berikrar akan memberi sumbangan terbaik untuk merampas DUN Sungai Limau yang merupakan kubu kuat Pas.

"Soal keghairahan berkempen dalam parti tidak membawa erti jika dalam pilihan raya kita tewas. Kita sedar pergerakan Wanita nadi kepada jentera UMNO, maka sebab itu kami turun padang meninjau keadaan pengundi di Sungai Limau lebih awal.

"Kalau fokus kita hanya jawatan, sepatutnya saya tak perlu turun padang. Lebih elok saya berkempen kerana berbaki empat hari sahaja lagi dan saya sendiri tidak tahu nasib sendiri apabila perwakilan buat keputusan pada Sabtu nanti.

"Tetapi sebagai sayap parti yang bertanggungjawab, saya mahu pastikan jentera kita dalam keadaan baik dan siap sedia sepenuhnya untuk hadapi pilihan raya," katanya selepas beramah mesra dengan pengundi DUN Sungai Limau di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan mengenai kemungkinan jentera UMNO kurang berfungsi pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau akibat fokus pemimpin di setiap peringkat lebih terarah kepada pemilihan parti.

Terdahulu Shahrizat berkata, beliau gembira dengan sambutan positif yang diberi pengundi DUN Sungai Limau walaupun kebanyakan mereka diketahui merupakan penyokong serta ahli parti pembangkang sejak sekian lama.

"Kita dapat lihat bagaimana kehadiran kami dialu-alukan oleh pengundi di sini. Ini satu perkembangan yang sangat positif dan insya-Allah kami selaku sayap parti akan membantu apa yang terbaik untuk para pengundi di sini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat