Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR David Dass (kanan) bersama Setiausaha DAP Taman Bukit Emas, S. Vijaya menunjukkan laporan polis dan gambar ketika dihalang dan dikasari oleh sekumpulan ahli DAP yang juga petugas proses pemilihan CEC dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid SEREMBAN 9 Okt. - Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass meragui ketelusan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu apabila dikatakan ada pengubahan status kategori 120 cawangan sebelum pemilihan berkenaan. Menurut David, melalui sumber, dia dimaklumkan bahawa status 120 cawangan itu ditukarkan daripada kategori B kepada A. ''Ingin saya jelaskan bahawa cawangan yang dikategorikan B hanya boleh menghantar wakil mereka sebagai permerhati sahaja pada pemilihan itu. "Cawangan yang berada dalam kategori A pula boleh menghantar perwakilan yang dipilih dan layak untuk mengundi pada pemilihan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini. Jelasnya, 120 cawangan itu mewakili sejumlah 450 perwakilan yang layak mengundi pada pemilihan itu baru-baru ini. ''Saya mempunyai senarai dan akan semak semula serta menyiasat perkara ini dengan lebih teliti," ujarnya. Mengulas lanjut berhubung kategori cawangan parti berkenaan, David memberitahu, status bagi cawangan kategori A adalah mereka wajib membuat pembayaran yuran tahunan cawangan dalam tempoh masa ditetapkan. ''Sekiranya gagal membuat pembayaran ditetapkan cawangan tersebut akan jatuh kepada kategori B. ''Malah, cawangan kategori A dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) cawangan dan mereka dibenarkan untuk memilih perwakilan yang akan dihantar kepada kongres," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Dass turut mendakwa dia telah dikasari dan dipukul oleh sekumpulan ahli DAP ketika ditemui pemberita selepas proses pemilihan yang dilangsungkan di One World Hotel, 29 September lalu. ''Saya telah ditumbuk dari belakang oleh sekumpulan lelaki berbaju merah yang merupakan petugas parti CEC ketika memberikan kenyataan kepada pemberita di lobi hotel berkenaan," katanya. Sehubungan itu, David yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. |
DAP terus didesak jelas 'perwakilan hilang' Posted: 09 Oct 2013 11:32 AM PDT KUALA LUMPUR 9 Okt. - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung 'kehilangan' sebanyak 851 perwakilan dalam Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 29 September lalu. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baling, Kedah, Zamani Mustaffa berkata, beliau bersetuju dengan Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim perkara itu tidak pernah berlaku dalam senario politik negara. Menurutnya, adalah sangat wajar untuk kedua-dua pemimpin kanan DAP berkenaan tampil memberi penjelasan bukan sahaja kepada ROS tetapi ahli-ahli DAP mengenai perkara sebenar di sebalik 'kehilangan' perwakilan tersebut. "Kalau sebelum ini sebanyak 753 perwakilan 'tidak hadir' dalam pemilihan CEC lalu, kali ini jumlah itu meningkat kepada 851 orang dan perkara ini perlu penjelasan. "Perkara ini tidak pernah berlaku, malah dalam PKR mahu pun Pas tidak terjadi perkara sebegini. Jadi, kami meminta sebanyak 851 perwakilan yang didakwa 'hilang' dalam pemilihan khas CEC kali ini tampil menuntut hak mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Baru-baru ini, Zamil meminta Guan Eng serta Karpal memberi penjelasan mengenai 'kehilangan' perwakilan itu dalam Kongres Khas pemilihan CEC parti tersebut. Mengulas lanjut, Zamani memberitahu, kontroversi terbaharu itu bukan sahaja memburukkan imej pakatan pembangkang tetapi negara secara keseluruhannya. "Saya percaya perkara ini tidak pernah berlaku di dunia. Jadi, kami menuntut ROS menyiasat perkara ini. "Saya juga percaya sekiranya sebanyak 851 perwakilan ini hadir dalam pemilihan CEC bulan lalu, kemungkinan kedudukan Guan Eng dan Karpal lebih buruk berbanding posisi semasa mereka," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |