{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Ibadah korban bawa keinsafan

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 14 Okt. - Umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidiladha esok diperingatkan supaya menghayati roh dan pengisiannya kerana mempunyai falsafah yang amat mendalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak pengorbanan yang berlaku dalam erti sambutan ini, sama ada bagi jemaah yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah, mahupun mereka yang berada dalam negara ini.

''Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam terutamanya di Negeri Sembilan ini.

''Sambutlah perayaan ini dengan keinsafan dengan menilai diri sendiri, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk agama Islam ini. Insaflah, jika ada keterlanjuran dalam berhadapan liku perjalanan kehidupan ini dan kembalilah ke jalan yang diredai oleh Allah SWT," katanya dalam perutusan khas sambutan Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Kata beliau, pandanglah kesengsaraan yang berlaku di banyak tempat seluruh dunia dan bandingkanlah keamanan yang dikecapi dalam negara ini, sehingga melakukan ibadah korban pun tidak ada sebarang ancaman dan ketakutan.

''Bila kita melakukan ibadah korban, kita perlu ada keinsafan. Ini bukan satu pesta. Haiwan ternakan yang kita korbankan itu kita salurkan kepada mereka yang susah, miskin, anak yatim.

''Jangan jadikan tabiat buruk, apabila kita melakukan ibadah korban, ada pula yang mahu menunjuk-nunjuk. Umpamanya, ada yang kata 'aku' buat lima ekor, engkau buat berapa ekor," kata Mohamad.

Maka kata Mohamad, walaupun ada umat Islam tidak mampu melaksanakan ibadah korban ini, mereka yang menguruskannya hendaklah tahu bagaimana mengagihkan daging korban itu kepada mereka yang berkehendak.

''Hayati kisah para Nabi yang ada hubungkaitnya dengan pengorbanan ini. Jangan jadikan satu keseronokan semata-mata, kerana tidak langsung melambangkan maksud sebenar sambutan Hari Raya Aidiladha ini," tegas beliau.

Landasan kukuhkan perpaduan - KM

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

MELAKA 14 Okt. - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (gambar) menyeru seluruh umat Islam di negeri ini menghayati konsep ibadah korban dengan sebaik-baiknya dan menjadikan Hari Raya Aidiladha ini sebagai landasan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat.

Menurutnya, pengorbanan yang dituntut Islam bukan sahaja mengenai aspek wang ringgit dan harta benda malah sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, memberi dan menerima maaf juga menjadi salah satu pengajaran daripada ibadah korban yang secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum dan seterusnya menjadikan umat Islam sebagai umat yang dihormati dan disegani.

"Perayaan Aidiladha ini adalah medium terbaik dalam menyatupadukan umat Islam agar tidak bersengketa demi memperjuangkan nilai-nilai yang diterapkan dalam Islam.

"Saya berharap kita dapat memanfaatkan maksud sebenar korban itu sendiri di dalam definisi agama, bangsa dan negara," katanya pada majlis penyerahan lembu korban berkelompok peringkat Parlimen Tangga Batu, di Sungai Udang, di sini semalam.

Sementara itu, sebanyak 1,444 ekor ternakan dijangka disembelih di negeri ini dengan 60 peratus daripadanya diimport dari dalam dan luar negara untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Azlan Enjah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,341 ekor adalah lembu, kerbau (34), kambing (44) dan biri-biri (25).

Menurutnya, sumber bekalan ternakan diperoleh daripada penternak tempatan serta diimport dari Pahang, Perak, Johor dan Thailand.

"Sejak seminggu lalu, JPV telah pun melancarkan buku garis panduan tentang penyembelihan ternakan korban yang menekankan aspek kebajikan haiwan, kebersihan, keselamatan dan persekitaran.

"Buku tersebut telah pun kita edarkan ke seluruh kawasan Parlimen di negeri ini dan harap panduan tersebut akan dijadikan rujukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Umat Islam Melaka berbelanja sederhana menjelang hari raya

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

ORANG ramai berpusu-pusu membeli kelengkapan sempena Hari Raya Aidiladha di Pasar Besar Melaka Sentral, Melaka, semalam.

MELAKA 14 Okt. - Hari ini, pasar basah merupakan tumpuan utama umat Islam bagi mendapatkan bekalan bahan mentah bagi menyediakan juadah sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Melaka Sentral di sini mendapati umat Islam mengunjungi pasar itu kerana pelbagai mudah diperoleh bahan-bahan masakan yang dikehendaki dan harganya juga berpatutan.

Seorang surirumah, Salmah Baba, 51, berkata, saban tahun dia ke pasar itu untuk membeli kelengkapan masakan sempena hari raya dan kali ini rutin tersebut diteruskan.

"Syukur setakat ini apa yang saya cari terutama bahan-bahan untuk masakan memang ada di sini.

"Saya tidak berbelanja terlalu banyak kerana ingin mengamalkan konsep kesederhanaan dalam menyambut hari raya ini," katanya ketika ditemui.

Daripada tinjauan yang dilakukan, didapati rata-rata harga barangan yang diniagakan terkawal dan tiada peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Seorang pesara tentera, Ali Dollah, 69, berkata, dia menemani isterinya ke pasar itu setiap tahun untuk membeli kelengkapan masakan hari raya.

"Setakat ini, semua barangan cukup dan saya lihat rata-rata pembeli tidak merungut dari segi harga dan bekalan," katanya.

Ali berkata, dia bersyukur kerana peniaga di pasar itu tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya seperti yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Sementara itu, seorang suri rumah, Mazlina Rahmat, 43, berkata, dia melihat harga makanan laut seperti udang dan ikan dijual dengan harga yang tidak berpatutan.

Bagaimanapun katanya, harga barangan lain seperti ayam, daging dan kelengkapan masakan lain tidak berubah dan masih di tahap memuaskan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat