Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
- Perhebat aktiviti masyarakat
- Manjakan anak perlu ada batasan - Awaludin
- Pelajar antara tiga ditahan terlibat 10 kes curi motosikal
Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT Oleh AINAA MARDHIAH MOHD. GHAZALI SALBIAH Tengku Nujumudin (depan, tiga dari kanan) beramah mesra dengan seorang kanak-kanak yang melapah daging lembu sambil disaksikan Abu Ubaidah Redza (dua dari kanan) pada Majlis Ibadah Korban Perdana Pekerti di Surau Raudhah, Kampung Bahagia Jiboi, Paroi, Negeri Sembilan, semalam. SEREMBAN 18 Okt. - Aktiviti kemasyarakatan adalah formula terbaik penyatuan bangsa dan antara kaum kerana di dalamnya ada elemen kesejahteraan rakyat. Menurut Yang Dipertua Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan (Pekerti) Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, rakyat perlu disatukan dan diberikan persepsi yang betul mengenai usaha yang dibuat kerajaan untuk mereka. ''Menyatupadukan rakyat adalah usaha bersama dan peranan itu perlu didukung oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). ''Selain NGO, pemimpin masyarakat juga akan bersama-sama dengan rakyat melalui aktiviti turun padang meninjau keperluan dan kehendak mereka," katanya selepas menghadiri majlis Ibadah Korban Perdana Pekerti di Surau Raudhah, Kampung Bahagia Jiboi, Paroi dekat sini hari ini. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Abu Ubaidah Redza. Dalam majlis itu, Pekerti menyumbangkan dua ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha untuk ibadah korban dan dagingnya akan diagihkan kepada golongan memerlukan. Dari segi pengagihan daging pula, pihak Pekerti memberikan amanah kepada pihak surau untuk menyempurnakannya dan disalurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. ''Saya berharap pada masa akan datang lebih banyak NGO dan ahli mereka terlibat dalam ibadah korban ini," katanya. |
Manjakan anak perlu ada batasan - Awaludin Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT AWALUDIN Said (tiga dari kanan); Mohd. Ghazali Abdul Wahid (empat dari kanan) dan Norizan Muda (empat dari kiri) meraikan kemenangan Parlimen Rembau yang menjadi johan keseluruhan pada Majlis Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dekat Seremban, semalam. SEREMBAN 18 Okt. - Setiap anak boleh dimanjakan tetapi perlu ada batasannya kerana sikap berlebih-lebihan itu kelak akan hanya membuatkan anak itu tidak mampu berdikari, terlalu meminta-minta dan akhirnya merosakkan masa hadapan mereka. Nasihat itu disampaikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Awaludin Said bagi meleraikan perasaan terlalu memanjakan anak yang boleh mendorong terbantutnya tumbesaran akal dan tingkah laku mereka. ''Saya tidak nafikan semua ibu dan bapa menyayangi anak mereka. Ada yang membelai dan memanjakan mereka setiap masa. Itu sifat ibu dan bapa yang baik," katanya berucap sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, di sini hari ini. Kata Awaludin, dalam konteks manja itu, ibu bapa perlu melihat dalam skop yang lebih luas dengan melatih anak supaya mampu berdikari, mengenalpasti bakat yang ada, memberikan sokongan terhadap usaha baik, mendidik luaran dan dalaman anak dengan ilmu yang boleh memanfaatkan mereka pada masa hadapan. ''Jangan biarkan anak kita sampai 'memberontak' dan kita layan segala kehendak mereka. Itu bukan manja yang kita mahukan. ''Setiap keinginan anak itu perlu dipertimbangkan oleh ibu dan bapa dengan sewajarnya. Didik mereka supaya menghormati keputusan yang kita berikan serta mengajar mereka agar tidak mementingkan diri sendiri. ''Kita mahu memanjakan anak di mana akhirnya nanti mereka tidak terpesong tingkah laku," ujarnya. Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd. Ghazali Abdul Wahid; Pengarah Kemas negeri, Norizan Muda dan Pengarah Belia dan Sukan negeri, Azura Sarbin. Sementara itu, seorang kanak-kanak Tabika Pasir Besar, Tampin, Firdaus Akmal Noramin, 6, diumumkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kemas Negeri Sembilan. Ibunya, Roshaidah Mohd. Jadi, 33 berkata, dia bersyukur dengan kejayaan itu dan berharap anugerah tersebut dapat dijadikan pendorong untuk anaknya lebih berjaya apabila memasuki alam persekolahan sebenar kelak. ''Anak saya aktif dalam kegiatan di luar tabika seperti menyertai silat dan bermain futsal. Dalam pelajaran juga, dia amat komited untuk berjaya. Terima kasih kerana memilih anak saya untuk penerima anugerah ini," jelasnya. |
Pelajar antara tiga ditahan terlibat 10 kes curi motosikal Posted: 18 Oct 2013 11:08 AM PDT TUKIMAN Seriman (tengah) melihat sebahagian motosikal dan komponen yang dirampas selepas sidang akhbar di IPD Jempol, semalam. JEMPOL 18 Okt. - Polis menahan seorang pelajar sekolah menengah bersama dua rakannya di tiga lokasi berbeza di daerah ini pada 9 Oktober lalu, sekali gus menyelesaikan 10 kes curi motosikal jenis Honda EX5 di sini yang komponennya dilerai sebelum dijual bagi tujuan lumba haram. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan hasil siasatan dijalankan ekoran laporan kehilangan motosikal jenis itu sejak Jun lalu. "Salah seorang daripada remaja yang ditahan itu merupakan pelajar sebuah sekolah menengah. Pelajar ini kita tahan di rumahnya dekat Bandar Seri Jempol, manakala rakannya tidak bersekolah dan sudah bekerja. "Polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 20 tahun, dipercayai rakan kepada dua remaja terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini hari ini. Ujar Tukiman, hasil penahanan remaja dan lelaki berkenaan, polis menemukan semula tujuh buah motosikal yang dilaporkan hilang, disembunyikan di beberapa kawasan sekitar daerah itu. "Daripada tujuh buah motosikal itu, hanya empat buah masih dalam keadaan baik manakala yang lain sudah terlerai. Polis percaya, beberapa komponen motosikal ini telah dijual bagi tujuan lumba haram," ujar beliau. Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 378 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal. Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Tukiman berkata, polis telah menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di Kampung Bayai dekat sini kerana menyimpan selaras senapang buatan sendiri dan sebutir peluru hidup jenis senapang patah. "Suspek telah ditahan pada pukul 6.30 petang di rumahnya, 12 Oktober lalu. Senjata api itu ditemukan tersimpan dalam sebuah bengkel kenderaan dan dipercayai bagi tujuan memburu," ujarnya. Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat 1971). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |