Utusan Online - Selatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Selatan |
Mekanik cedera, bengkel dirempuh lori Posted: 19 Oct 2013 12:47 PM PDT SEREMBAN 19 Okt. - Seorang mekanik yang sedang membaiki van cedera selepas bengkel membaiki kenderaan miliknya dirempuh sebuah lori dan kereta yang terbabas di pekan Mantin dekat sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Cheng Lib Sang, 51, cedera di muka serta badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di sini. Isterinya yang ingin dikenali sebagai Fong, lingkungan 40-an berkata, ketika kejadian suaminya berada di bawah van yang sedang dibaiki di depan bengkel mereka. Katanya, tiba-tiba sebuah lori dari arah Seremban berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah sama sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas ke arah bengkel yang terletak kira-kira lima meter dari bahu jalan. Lori itu kemudian melanggar van yang sedang dibaiki suami saya menyebabkan kenderaan itu bergerak sekali gus mencederakan suami saya. Beberapa orang rakan suami kemudian datang untuk membantunya dan membawanya segera ke hospital," katanya ketika ditemui di sini. Menurut Fong, suaminya masih dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialaminya tetapi doktor memaklumkan keadaannya stabil. Tambahnya, pemandu kereta Proton Wira dan pemandu serta kelindan lori tersebut tidak mengalami kecederaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurut beliau, punca sebenar kemalangan masih disiasat dan semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu sudah membuat laporan polis. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |