{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


MotoGP Malaysia: Salom raih petak utama kelas Moto3

Posted: 11 Oct 2013 11:14 PM PDT

SEPANG 12 Okt. - Pendahulu kelas Moto3, Luis Salom daripada pasukan Red Bull KTM Ajo akan memulakan perlumbaannya esok di petak utama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan di Grand Prix Motosikal Malaysia 2013, di Litar Sepang hari ini.

Pelumba Sepanyol itu mencatat masa dua minit 13.867 saat.

Penunggang pasukan Ongetta-Rivacold, Alexis Masbou dan Niccolo Antonelli daripada pasukan GO&FUN Gresini Moto3 pula menguasai petak kedua dan ketiga selepas masing-masing mencatat 2:13.985s dan 2:14.006s.

Sementara itu pelumba negara, Zulfahmi Khairudin yang bergelut dengan kecederaan tangan dan pinggang akan memulakan perlumbaan di petak ke-14.

Seladang belum tentu bersih

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH - Pemain dan pegawai pasukan Seladang mungkin bebas daripada sebarang unsur sabotaj, namun masih belum dapat dibersihkan sepenuhnya daripada tuduhan rasuah selagi laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak selesai.

Itu rumusan yang boleh diputuskan ketika ini selepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Ismail Saffian membentangkan laporan siasatan dalaman secara terperinci dalam satu mesyuarat di sini semalam.

Namun, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengakui, siasatan tersebut hanya dijalankan secara rambang dengan memanggil 11 pemain dan enam pegawai, termasuk pengurus dan penolong pengurus pasukan.

Namun katanya, siasatan laporan itu hanya melibatkan unsur sabotaj dan tidak menjurus ke arah rasuah kerana PAFA sendiri tidak mempunyai autoriti untuk mengumumkan perkara itu selepas kes tersebut diserahkan kepada polis dan SPRM.

Yang pasti, katanya, tiada unsur-unsur sabotaj yang serius membabitkan pasukan Seladang, justeru menganggap isu penggantungan selama dua minggu membabitkan kesemua pegawai dan petugas termasuk ketua jurulatihnya, Azrai Khor Abdullah selesai.

"Kita menilai maknanya kalau benda itu 100 peratus, tetapi hanya ada 10 peratus, kita tidak anggapnya sebagai satu sabotaj. Kita tidak boleh kata tiada langsung unsur sabotaj kerana tidak logik, tetapi sedikit sangat. Jadi, kita ambil kesimpulan, bukan elemen sabotaj yang mempengaruhi keputusan perlawanan.

"Macam polis kalau dia syak tapi tak ada bukti, orang itu dilepaskan. Macam itu jugalah, dalam kes ini, kita hendak sabitkan pasukan ini dengan unsur-unsur sabotaj, tak boleh kerana agak kabur, jadi lebih baik kita buat keputusan kolektif, kita nafikan ada elemen sabotaj," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Pada 23 September lalu, PAFA menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk Mohd. Azraai Khor selama dua minggu selepas mengesyaki wujudnya rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.

PAFA mengambil tindakan tersebut sebaik sahaja Perak gagal ke suku akhir Piala Malaysia.

Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 Disember, kalah kepada LionsXII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk 1-6 kepada Sarawak.

Zainol berkata, dengan penjelasan itu, beliau berharap dapat memberi keyakinan kepada pemain dan pegawai untuk meneruskan tugas serta tanggungjawab.

"Dalam bola sepak, tiada yang mustahil seperti yang berlaku pada Johor DT (Johor Darul Takzim) selepas ditewaskan oleh Kelantan 6-1. Kita bukan hendak tabur pasir pada periuk nasi pemain kerana kita buat laporan bukan hanya untuk puaskan hati PAFA, tetapi juga peminat.

"Ketua jurulatih boleh meneruskan tugas selepas ini tetapi saya difahamkan mereka mula bercuti sehingga hujung bulan," katanya.

Zainol mengakui ada pemain yang minta dilepaskan selepas insiden itu, tetapi jumlahnya hanya segelintir kecil dan PAFA tiada masalah selagi kontrak dipatuhi.

"Ada yang kata 80 peratus pemain akan tinggalkan Perak tetapi realitinya tidak begitu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat