{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Thien How-Wee Kiong buat kejutan di Terbuka Perancis

Posted: 25 Oct 2013 09:46 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Beregu lelaki negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong membuat kejutan mengenepikan gandingan Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris.

Pada perlawanan suku akhir awal pagi tadi waktu Malaysia, Thien How dan Wee Kiong mudah menundukkan Yong Dae dan Yeon Seong 21-13 dan 21-10 dalam masa 33 minit.

Yong Dae merupakan seorang daripada pemain beregu lelaki nombor satu dunia yang digandingkan bersama Sung Hyun Ko manakala Yeon Seong adalah pemain nombor 11 dunia gandingan Baek Choel Shin.

Menanti Thien How dan Wee Kiong di saingan seterusnya itu ialah beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang menewaskan Chris Adcock dan Andrew Ellis dari England 21-11, 15-21, 21-17 dalam masa 54 minit, demikian menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan separuh akhir selepas menundukkan pemain veteran Boonsak Ponsana dari Thailand 21-13 dan 21-17 dalam masa 35 minit.

Selaku pemain utama kejohanan, Chong Wei akan bertemu pemain pilihan ketiga kejohanan Kenichi Tago dari Jepun pada saingan separuh akhir, yang akan berlangsung pada pukul 9 malam ini, waktu Malaysia.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia Zhang Nan dan Zhao Yunlei dari China 14-21 dan 12-21 dalam masa 32 minit pada perlawanan suku akhir itu. - BERNAMA

Kelantan ke final

Posted: 25 Oct 2013 12:09 PM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com

Dickson Nwaekame (kiri) cuba melepasi pertahanan ATM pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang menerusi agregat 4-3. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU - Kebangkitan dramatik pada 10 minit terakhir permainan memastikan juara bertahan, Kelantan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kiraan agregat 4-3 setelah terikat 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Ketika ramai menyangkakan Kelantan akan melangkah ke perlawanan akhir dengan mudah, percaturan pengendali ATM, B. Sathianathan begitu menjadi pada babak pertama apabila Marlon Alex James meledak dua jaringan pada minit ke-18 dan 35 bagi meletakkan The Gladiators berada di hadapan seketika menerusi kiraan agregat 3-2.

Namun, pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani meniupkan api perjuangan The Red Warriors apabila berjaya menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-82 sebelum jaringan menarik daripada ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi, tiga minit kemudian memastikan Kelantan bergelar finalis Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini bagi memburu kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran kejohanan itu.

Kejayaan anak-anak buah Bojan Hodak bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal ekoran tonggak di bahagian pertahanan, Obinna Nwaneri mengutip kad kuning kedua sekali gus terlepas aksi di perlawanan akhir yang dijadualkan 3 November ini di Stadium Shah Alam.

Separuh akhir pertama ternyata menjadi milik ATM dengan benteng tuan rumah gagal mengunci pergerakan Marlon yang kerap kali berjaya meloloskan diri di dalam kotak penalti lawan di samping kepantasan Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya di bahagian sayap menjadi taruhan utama Sathianathan dalam melancarkan serangan balas.

Malah, pertahanan ATM sebelum ini yang nampak longgar ketika aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang cukup berdisiplin serta tidak membiarkan Dickson Nwakaeme terlalu bebas mengawal bola.

Bagaimanapun, tindakan bijak Bojan Hodak meningkatkan tempo permainan anak-anak buahnya pada separuh masa kedua akhirnya memberikan pulangan setimpal apabila Fakri yang masuk menggantikan Zairo Anuar Zailani membuktikan dia masih ada bisa apabila menjaringkan gol penting, lapan minit sebelum perlawanan tamat sebelum disudahkan Badhri atau Piya dengan penuh bergaya pada minit ke-85.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat