Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Nafas baharu 3 sayap Terengganu
- Kehadiran luar biasa perwakilan pilih sayap
- Wajah baharu Pemuda, Puteri negeri
Nafas baharu 3 sayap Terengganu Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB,RADHUAN HUSSAIN, ISWAN MAT ISA dan SITI AIRUNISSA Ahmad Fikry Ibrahim, Jasmira Othman, Mohd. Asri Mohamad KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Proses pemilihan kepemimpinan bagi tiga sayap UMNO di lapan bahagian di negeri ini secara umumnya berjalan lancar semalam dengan menyaksikan perubahan menyeluruh dalam barisan Ketua Pemuda dan Puteri UMNO. Perubahan menyeluruh berlaku berikutan kekosongan ekoran penyandang telah melebihi had umur sekali gus memberi ruang lebih luas kepada muka baharu memberikan nafas lebih segar kepada sayap-sayap yang menuntut peranan lebih besar dan berkesan dalam senario politik lebih mencabar. Bagi Pemuda UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar mengambil alih di Setiu manakala Pegawai Khas ADUN Jertih, Azizul Jasmi Mohamad di Besut dengan kemenangan tanpa bertanding. Selebihnya berlaku persaingan dua penjuru termasuk di Kemaman yang dimenangi Ahmad Fikry Ibrahim, Jasmira Othman (Marang), Mohd. Asri Mohamad (Dungun) dan Mohd. Johari Abu Bakar (Hulu Terengganu) manakala tiga penjuru di Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris. Saingan lebih mencabar di Kuala Nerus melalui pertembungan empat penjuru dengan Khairuddin Mohamad @ Abdul Majid dipilih sebagai teraju yang baharu dan umumnya senarai ketua baharu ini dibarisi mereka daripada pelbagai latar belakang. Bagi pemilihan Ketua Puteri bahagian, tiga calon iaitu Zuraiha Shariza Embong (Kuala Nerus), Laila Mat Daud (Marang) di samping Rozita Ismail (Hulu Terengganu) menang tanpa bertanding. Asfalinda Anuar, calon tunggal yang cuba mempertahankan jawatan di Kemaman tewas kepada Shaheda Yusof manakala di Besut, Erni Esalwani mengambil tempat, Nur Fuzilawati Yusof (Setiu), Arlina Rosli (Dungun) dan Nia Notieya Zaharuddin (Kuala Terengganu). Wanita UMNO pula memperlihatkan pertukaran teraju di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu setelah penyandang sedia ada tidak lagi mempertahankan jawatan dengan Norhayati Ismail dan Rozalina Mokhtar mengambil tempat apabila menewaskan pencabar masing-masing. Begitu juga di Setiu, Wan Nasiah Wan Abdul Majid menewaskan penyandang, Wan Fatimah @ Wan Maznah Nong manakala di Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamad kekal tanpa bertanding bersama dengan Engku Naimah Engku Taib (Besut) dan Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin (Marang). Di Dungun pula, Zainun Abu Bakar mempertahankan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Rukiah Talib manakala Senator Rohani Abdullah kekal di Kemaman. Seramai 13,756 perwakilan dari 1,019 cawangan meliputi ahli Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731) Terengganu membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Muda Mamat berkata, secara keseluruhannya 48 calon menang tanpa bertanding bagi kesemua jawatan utama termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi ketiga-tiga sayap. Beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa peringkat sayap yang berlangsung dengan anggaran 99 peratus daripada perwakilan keluar menunaikan tanggungjawab. "Walaupun pada mulanya ada kekeliruan sikit mengenai kertas undi Pusat dengan bahagian, tapi ia bukan masalah besar dan ia segera diatasi cuma proses pemilihan yang melibatkan ramai calon bersaing mengambil masa yang panjang untuk membilang undi," ujarnya. |
Kehadiran luar biasa perwakilan pilih sayap Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT SEBAHAGIAN perwakilan mengambil kertas undi untuk membuat pengundian dalam pemilihan Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian di Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. KOTA BHARU 13 Okt. - Proses pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kelantan semalam mencatat kehadiran luar biasa selepas lebih 90 peratus daripada 23,000 perwakilan menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi memilih pemimpin masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Kelantan, Datuk Hassan Harun berkata, keadaan itu merupakan petanda suara akar umbi kini berkuasa untuk memastikan perubahan ke arah memperkasakan parti seperti yang diharap pucuk pimpinan. Jelas beliau, suara akar umbi itu telah diterjemah dalam keputusan keseluruhan tiga sayap UMNO selepas ramai muka baharu terpilih manakala beberapa calon berpengaruh terpaksa menerima kekalahan. "Keputusan ini mencerminkan hasrat akar umbi dan telah pun berlaku dengan hebatnya malah di Kelantan kita memperolehi 11 Ketua Puteri baharu, 10 Ketua Pemuda baharu dan enam Ketua Wanita baharu. "Saya tidak boleh ulas apa terjemahan daripada keputusan itu tetapi biasalah jika ada pemimpin baharu maka mereka ada agenda masing-masing yang pasti mempunyai matlamat iaitu ke arah memperkasakan UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Hassan, proses pemilihan semalam juga berjalan lancar di semua bahagian namun beliau tidak menafikan ada beberapa tempat yang agak panas serta berlaku beberapa masalah teknikal memandangkan sistem yang baharu pertama kali dilakukan. Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa tersebut akan melakukan 'post mortem' segera untuk mengkaji semua kesilapan yang berlaku dan menghasilkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan pemilihan di peringkat bahagian 19 Oktober ini berjalan baik. "Memang apa yang kita dapati tidak cukup baik semalam akan dihantar terus kepada UMNO Pusat untuk diperbaiki kerana pemilihan di peringkat bahagian adalah lebih sensitif dan kita perlu lebih teliti. "Saya juga bercadang menyediakan meja aduan di pusat mengundi untuk memudahkan semua aduan segera dilakukan dan kita akan hantar kepada UMNO Pusat untuk diteliti dan diambil tindakan jika perlu," katanya. |
Wajah baharu Pemuda, Puteri negeri Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Mohd. Iskandar Jaafar, Zuraiha Shariza Embong, Laila Mat Daud, Najmil Faiz Mohamed Aris KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Proses pemilihan kepemimpinan bagi tiga sayap UMNO di lapan bahagian di negeri berjalan lancar dengan menyaksikan perubahan menyeluruh barisan Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri. Peralihan yang banyak berasaskan kekosongan ekoran penyandang sedia ada telah melebihi had umur memberi ruang lebih luas kepada penawaran untuk memberikan nafas baru kepada sayap yang menuntut peranan lebih besar dan berkesan pada masa depan. Bagi Pergerakan Pemuda, hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar mengambil alih di Setiu manakala Pegawai Khas ADUN Jertih, Azizul Jasmi Mohamad di Besut dengan kemenangan tanpa bertanding. Selebihnya berlaku persaingan satu lawan satu termasuk di Kemaman yang dimenangi Ahmad Fikry Ibrahim, Marang (Jasmira Othman), Dungun (Mohd. Asri Mohamad) dan juga di Hulu Terengganu manakala tiga penjuru di Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris dan empat penjuru di Kuala Nerus (Khairuddin Mohamad @ Abdul Majid). Bagi pemilihan Ketua Puteri, tiga calon iaitu di bahagian Kuala Nerus (Zuraiha Shariza Embong), Marang (Laila Mat Daud) di samping Hulu Terengganu (Rozita Ismail) menang tanpa bertanding. Asfalinda Anuar, calon tunggal yang cuba mempertahankan jawatan di Kemaman tewas kepada Shaheda Yusof manakala di Besut, Erni Esalwani mengambil tempat, Setiu (Nur Fuzilawati Yusof), Dungun (Arlina Rosli) dan Kuala Terengganu (Nia Notieya Zaharuddin). Wanita UMNO pula memperlihatkan pertukaran Ketua di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu setelah penyandang sedia ada tidak lagi mempertahankan jawatan dengan Norhayati Ismail dan Rozalina Mokhtar mengambil tempat dengan menewaskan pencabar masing-masing. Begitu juga di Setiu, Wan Nasiah Wan Abdul Majid menewaskan penyandang, Wan Fatimah@Wan Maznah Nong manakala di Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamad kekal tanpa bertanding bersama dengan Engku Naimah Engku Taib (Besut) dan Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin (Marang). Di Dungun pula, Zainun Abu Bakar mempertahankan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Rukiah Talib manakala Senator Rohani Abdullah kekal di Kemaman. Seramai 13,756 perwakilan daripada 1,019 cawangan meliputi Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731) membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Muda Mamat berkata, secara keseluruhannya 48 calon menang tanpa bertanding bagi kesemua jawatan utama termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi ketiga-tiga sayap. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |