{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Zaitun catat sejarah Terengganu

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh WAN ZULKFILI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

Zaitun Mat Amin

KUALA TERENGGANU 14 Okt. - Buat pertama kalinya Terengganu mempunyai wakil yang dipilih menganggotai barisan Exco Wanita UMNO apabila calon tunggalnya, Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin, 56, mendapat tempat dalam senarai 20 barisan kepemimpinan yang baharu.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Marang itu yang memperoleh 95 undi dari seluruh negara pada pemilihan UMNO Sabtu lepas menyatakan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan dan menguatkan azamnya untuk memberikan khidmat lebih berkesan.

"Alhamdulillah, kemenangan saya sebagai seorang daripada anggota Exco Wanita ini membuktikan penghargaan dan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan Wanita di seluruh negara.

"Sebagai Pengerusi Gerak Prihatin dan Penyayang Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, ternyata gerak kerja kami melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan, diiktiraf mereka," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Setiu, Mohd Iskandar Jaafar merupakan wakil tunggal Terengganu yang dipilih dalam barisan 20 Exco pergerakan itu di peringkat Pusat.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memperoleh sokongan daripada 87 bahagian dari seluruh negara.

Mohd. Iskandar yang menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Setiu turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilihnya untuk jawatan Exco Pemuda Pusat bagi penggal 2013-2016.

"Oleh kerana saya adalah antara calon Exco Pemuda dari luar bandar, maka saya menganggap pemilihan ini adalah sebagai membawa suara akar umbi ke tahap lebih tinggi dan menjadi penghubung dengan kepimpinan Pusat," katanya.

Iskandar yang baru sahaja dilantik Pengerusi Belia 4B Terengganu berkata, suara Pemuda mesti didengar dan difahami pemimpin tertinggi kerana golongan itu adalah penentu masa hadapan negara.

Bagi pergerakan Puteri pula, dua wakil negeri ini tersenarai sebagai antara 20 barisan kepemimpinan Exco Puteri untuk penggal 2013-2016 iaitu calon Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu, Normardiana Kamaruddin dan calon Ketua Pergerakan Puteri Kemaman, Asfalinda Anuar.

Mereka bagaimanapun kalah pada pemilihan jawatan Ketua Puteri di kedua-dua bahagian itu.

Asfalinda berkata, walaupun tewas di bahagian sendiri, beliau akan tetap menghulurkan sumbangan tenaga, idea dan kreativiti untuk cawangan-cawangan di Kemaman dan kembali merapatkan saf barisan di peringkat akar umbi.

Bertegas dalam penggunaan bahasa, tulisan jawi

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Ahmad Yakob

KOTA BHARU 14 Okt. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa bertindak tegas dalam memastikan penggunaan bahasa pada papan iklan, papan tanda, nama jalan dan kegunaan lain di negeri ini benar-benar mendaulatkan bahasa Melayu serta tulisan jawi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, penggunaan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang betul terutama di kawasan awam mesti diberi perhatian oleh semua pihak.

Justeru katanya, PBT bertanggungjawab melihat paparan dan peragaan di kawasan seliaannya haruslah selari dengan peruntukan dalam Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan.

"Saya meminta PBT memastikan paparan dan peragaan seperti papan iklan, papan tanda, nama jalan dan sebagainya mengutamakan bahasa kebangsaan dan tulisan jawi.

"Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pernah menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan dan Jalan Raya yang boleh dijadikan rujukan PBT.

"Saya juga berharap semua agensi Persekutuan dan negeri menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi sepanjang masa, tidak ada bangsa lain di luar yang akan memartabatkan Bahasa Melayu melainkan kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 '1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara' peringkat negeri Kelantan di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Yang turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Ismail Samah; Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP, Rusli Abd. Ghani dan Pengarah DBP Wilayah Timur, Azmi Ibrahim.

Pada majlis itu juga, seorang pensyarah dari Rusia yang bertugas di Jabatan Bahasa Asia dan Eropah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev menyampaikan ceramah bertajuk 'Bahasa Melayu Merentas Segala Sempadan' yang berkisar mengenai perkembangan bahasa Melayu di negara bekas komunis itu.

Dalam masa sama, Ahmad turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Timur 2013 iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan sijil manakala Hadiah Suar Bahasa 2013 yang disertai agensi kerajaan dan swasta pula dimenangi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan hadiah wang tunai RM2,500, piala serta sijil.

Sementara itu dalam ucapan aluannya, Rusli memberitahu, pihaknya telah merangka lapan program sepanjang sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri tahun ini bagi memberi peluang kepada masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti menyemarak kecintaan kepada bahasa kebangsaan.

Jelasnya, antara program yang diatur adalah Malam Bahasa Jiwa Bangsa; Pameran Penerbitan dan Kepustakaan; Pesta Bahasa dan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 serta Seminar Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Penyelarasan harga ais RM3 sebungkus kekal

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

KOTA BHARU 14 Okt. - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Negeri Kelantan menjamin penyelarasan harga ais kepada RM3 sebungkus akan kekal dalam jangka masa yang panjang.

Pengerusinya, Wan Rosdi Wan Yusoff (gambar) berkata, harga tersebut akan kekal dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang bergantung kepada keadaan semasa kelak.

Menurutnya, penyelarasan harga tersebut dibuat berikutan beberapa faktor termasuk kenaikan harga bahan api serta kos untuk bahan plastik.

"Harga tersebut telah dikuatkuasakan baru-baru ini setelah mendapat persetujuan daripada 15 kilang yang bernaung di bawah persatuan ini.

"Kenaikan harga ais ini sebenarnya sudah diisytiharkan sejak Sabtu lalu namun harga tersebut masih tidak diselaraskan di pasaran," katanya semasa sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Wan Rosdi berkata, masalah itu menyebabkan persatuan menerima rungutan daripada pengguna yang keliru dengan harga sebenar.

"Setakat ini, kita menerima maklumat bahawa segelintir pengedar memasarkan dengan harga yang berbeza iaitu antara RM2.50 dan RM3 sebungkus.

"Kita akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin supaya harga ais ini dapat diseragamkan," katanya.

Beliau berkata, walaupun harga ais naik namun ia tidak menjejaskan permintaan terhadap bekalan tersebut.

"Secara purata permintaan terhadap bekalan ais di seluruh Kelantan adalah di antara 800 hingga 850 tan sehari," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat