{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Mara peruntuk RM58 juta

Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Rosdi Ismail (tengah) beramah mesra dengan sebahagian usahawan UKD di Kota Bharu, baru-baru ini.

KOTA BHARU 1 Okt. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyalurkan peruntukan berjumlah RM58 juta bagi membiayai sebanyak 8,776 orang usahawan di bawah program Usahawan Kecil Dinamik (UKD) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd. Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM2.6 juta telah disalurkan kepada peserta UKD di Kelantan.

"Sehingga Ogos ini, Mara telah membantu membiayai sebanyak 250 orang usahawan kecil di negeri ini untuk memulakan perniagaan masing-masing.

"Kita akan memberi peluang kepada mereka untuk memajukan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi dengan pembiayaan tanpa faedah ini," katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Rosdi berkata, pembiayaan UKD ini sangat mudah kerana penjamin terdiri daripada kalangan peserta sendiri dan permohonan dibuat melalui persatuan.

"Ini adalah salah satu usaha Mara dalam memperkasakan usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan," katanya.

Sementara itu, penerima, Noorizah Mohamad, 50, berkata, pembiayaan daripada Mara memberi banyak manfaat kepadanya dalam bidang perniagaan.

"Pembiayaan sejumlah RM5,000 yang diterima ini akan dapat dijadikan sebagai modal untuk membeli kelengkapan untuk berniaga.

"Saya cukup berterima kasih dan berharap dengan adanya bantuan sebegini, usahawan kecil yang lain dapat memajukan perniagaan masing-masing," katanya.

Seorang lagi penerima, Nor Asma Ellena Zakaria, 36, berkata, pembiayaan daripada Mara sangat mudah dan membantu usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan.

"Mara memainkan peranan yang cukup penting terhadap pembangunan usahawan bumiputera dengan pelbagai bantuan yang disalurkan.

"Saya menyarankan kepada usahawan-usahawan yang ingin memajukan perniagaan supaya memohon dengan pembiayaan Mara kerana memberi banyak kelebihan," katanya.

Politeknik diperkasa menjelang 2020

Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

Kamaruddin Hamzah

KUALA TERENGGANU 1 Okt. - Politeknik di seluruh negara akan terus diperkasa menjelang 2020 termasuk akan dibina lebih banyak di bawah program pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Dalam masa sama, sebanyak 49 program pengajian baharu akan ditawarkan di politeknik mulai sekarang sehingga 2018.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pendidikan, Kamaruddin Hamzah berkata, usaha proaktif itu bagi menyahut seruan kerajaan dalam memenuhi keperluan tenaga mahir.

Beliau memberitahu, beberapa buah politeknik baharu yang sedang dan akan dibina melibatkan Politeknik Pagoh di Johor, Politeknik Balik Pulau (Pulau Pinang), Politeknik Mersing (Johor) dan Politeknik Sandakan (Sabah).

"Politeknik Pagoh akan dibina tidak lama lagi, Politeknik Balik Pulau ya sudah sedia untuk diserah, Politeknik Mersing sudah setahun beroperasi manakala Politeknik Sandakan dalam penilaian," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Politeknik Hulu Terengganu kali kedua di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) dekat sini hari ini.

Sebanyak 129 pelajar lepasan jurusan perakaunan dan pelancongan politeknik berkenaan menerima diploma masing-masing.

Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Abd. Razak Sadli.

Mengenai 49 program pengajian baharu yang bakal disediakan, beliau menjelaskan, daripada jumlah itu, 22 program merupakan peringkat ijazah sarjana muda manakala selebihnya diploma.

Menurutnya, tiga buah politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Umar, Ipoh diikuti Politeknik Ibrahim Sultan di Johor dan Politeknik Sultan Salahuddin Shah di Shah Alam mula menawarkan program pengajian peringkat ijazah September lalu.

"Politeknik Ungku Umar menawarkan program ijazah dalam kejuruteraan awam, jurusan pelancongan antarabangsa di Politeknik Ibrahim Sultan dan jurusan pengurusan fasiliti di Politeknik Sultan Salahuddin Shah," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, kata beliau, pihaknya mempunyai tiga visi dalam usaha memperkasa institusi tersebut menjelang 2020 antaranya membuat pengambilan 50 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di politeknik.

Tambah beliau, pihaknya turut menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus lepasan politeknik mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian selain menjadikan politeknik sebagai peneraju bidang pendidikan teknik dan vokasional negara.

Ketika ini, jelas Kamaruddin, terdapat sebanyak 32 buah politeknik di seluruh negara dan daripada jumlah itu tiga merupakan politeknik premier, 27 buah politeknik konvensional dan lima buah politeknik metro.

Prestasi pihak berkuasa tempatan Pasir Mas dan Tumpat tidak memuaskan

Posted: 01 Oct 2013 11:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara mendapati prestasi dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan iaitu Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT) tidak memuaskan.

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Julai hingga Oktober 2012 mendapati pada umumnya pengurusan sisa pepejal kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti tong sampah yang disediakan tidak mencukupi, tong sampah tidak digunakan dan tong sampah tidak diletak di tapak dikhaskan.

Selain itu, papan notis jadual kutipan tidak dipamerkan, tindakan penguatkuasaan tidak diambil, kerja pembersihan oleh pemajak kurang memuaskan kerana rumput di sekitar Pasar Besar tidak dipotong.

Di samping itu, prestasi tersebut turut disumbangkan oleh pengurusan tapak pelupusan yang kurang memuaskan kerana tapak pelupusan tidak dipagar, sampah tidak ditimbus, kemudahan washing bay tidak disediakan, jalan keluar masuk ke tapak pelupusan tidak disenggara dan sampah dibakar tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Berikutan itu, Laporan Audit Negara mengesyorkan MDPM dan MDT mengambil langkah untuk menambah baik pengurusan sisa pepejal dalam kawasan pentadbiran majlis seperti menambah bilangan tong sampah di kawasan penduduk padat untuk menampung kuantiti sampah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Pihak berkenaan juga dicadang mengadakan program kesedaran kepada orang awam dan mempertingkatkan penguatkuasaan mengenai undang-undang dan peraturan berkaitan dengan pembersihan dan pelupusan sampah serta mempertingkatkan kawal selia terhadap kontraktor supaya kerja pembersihan yang dijalankan adalah selaras dengan syarat-syarat perjanjian.

Kawalan dan penyenggaraan tapak pelupusan Majlis hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis dan JAS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat