{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2013 12:00 AM PDT

HAMDAN Abdul Wahab (tengah) bersama lebih 70 ahli PKR Sungai Tengi mengibarkan bendera BN ketika mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR 30 April - Sebanyak 75 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Felda Sungai Tengi di sini bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO hari ini, sekali gus menambah kegusaran kepada PKR menjelang hari pengundian Ahad ini.

Ketuanya, Hamdan Abdul Wahab berkata, akar umbi PKR itu mengambil keputusan demikian kerana tidak mahu lagi menjadi alat kepada pucuk pimpinan parti itu untuk mencapai agenda politik mereka sendiri.

"Banyak juga sebab lain kenapa kami ambil keputusan ini. Kami ini diabaikan, kebajikan tidak dijaga. Malah, suara kami sebagai akar umbi juga tidak dihiraukan," katanya dalam majlis pembubaran PKR Ranting Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Yang hadir menerima borang keahlian UMNO kesemua bekas ahli PKR itu ialah calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar

Yang turut mengambil tindakan sama dengan Hamdan ialah anaknya yang merupakan Ketua Wanita PKR Ranting Felda Sungai Tengi, Hazni Juliana serta Setiausaha PKR kawasan itu, Zulkifli Kamaruddin.

Hamdan berkata, sikap PKR yang hanya mampu menabur janji kosong menyebabkan dia dan anaknya tekad untuk menyertai UMNO.

"Ini memandangkan banyak faedah yang dia serta anak-anaknya terima di bawah kerajaan pimpinan BN. Saya begitu terkilan apabila bantuan untuk anak memasuki universiti seperti yang dijanjikan oleh kerajaan PKR Selangor tidak pernah diterima walaupun sudah empat kali memohon kerana anak saya layak.

"Tetapi itu semua pembohongan semata-mata. Bukan saya seorang, malah ramai lagi ahli akar umbi yang terasa tertipu dengan kepimpinan PKR di negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, Hamdan berkata, dia dan semua bekas PKR yang menyertai UMNO akan membantu BN untuk memastikan calon parti itu di Parlimen Hulu Selangor serta DUN menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Sementara itu, Hazni Juliana berkata, dia dengan rela hati menyertai UMNO tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Katanya, dia juga bertekad untuk membantu BN menang besar pada pilihan raya kali ini terutama di Selangor.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat