{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Lebih RM12j untuk calon STPM

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

Dua pasang kembar seiras, (duduk, bermula dua dari kanan) Nurin Sya'irah dan Nurin Sarahah Sofian serta Azmira Syazreen dan Azrina Syazreen Azizulrahim bersama rakan-rakan yang lain menunjukkan wang RM1,000 setiap seorang yang diterima mereka sewaktu majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu kepada Pelajar STPM 2013 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 21 Okt. - Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM12.6 juta sebagai bantuan persediaan kepada sebanyak 12,754 pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sejak 2008.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengagihan bantuan di bawah skim itu yang sudah menjadi tradisi tahunan merupakan salah satu usaha menggalakkan pencapaian anak-negeri ke tahap yang lebih tinggi.

"Tahun ini, lebih RM1.9 juta diagihkan kepada sebanyak 1,928 pelajar termasuk semasa majlis yang diadakan di Besut pertengahan Julai lalu dengan nilai bantuan berjumlah RM305,000 untuk 305 pelajar.

"Pemberian ini sebenarnya salah satu cara untuk mendorong lebih ramai anak negeri berjaya dalam akademik pada setiap tahun selain bantuan lain di pelbagai peringkat termasuk bagi persediaan memasuki institusi pengajian tinggi," ujarnya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Yayasan Terengganu (YT) kepada pelajar STPM 2013 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong; Pengarah YT, Azmi Razik dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,623 pelajar Tingkatan Enam Atas dari 43 buah sekolah menerima wang bantuan persediaan sebanyak RM1,000 seorang.

Dalam pada itu, Azmi berkata, pemberian itu khusus kepada pelajar rakyat Terengganu yang tidak mendapat sebarang bantuan biasiswa sepanjang tempoh pengajian mereka di tingkatan enam.

Ahmad nafi lulus permohonan balak

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Ahmad Yakob

KOTA BHARU 21 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan tidak meluluskan atau memproses mana-mana permohonan daripada syarikat pembalakan sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu memandangkan pihaknya masih belum mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.

Sehubungan itu, tambah beliau, tidak timbul sebarang isu kerajaan pimpinannya meluluskan kawasan untuk pembalakan di negeri ini.

"Saya baru jadi Menteri Besar empat bulan, mesyuarat jawatankuasa balak pun belum diadakan lagi, macam mana hendak kata saya telah memberikan kawasan balak kepada pihak tertentu.

"Tunggu saya mesyuarat dahulu, lepas itu baru kita tahu berapa kelulusan kawasan telah diberikan dan berapa yang tidak lulus kecualilah saya sebagai Pengerusi sudah buat mesyuarat dan ada keputusan tetapi sekarang muncul pula cerita budak 22 tahun dapat kawasan balak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 23 Tahun Membangun Bersama Islam di pekarangan Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Sebelum ini, ada pihak tertentu yang dikatakan pro-Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menggunakan media sosial menyerang kerajaan pimpinan Ahmad mengenai isu pembalakan.

Perkara itu bermula dengan pendedahan Husam dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan mengenai permohonan kawasan seluas 1,400 hektar bernilai RM7 juta di kawasan Hutan Simpan Ulu Sat kepada seorang individu tanpa tender pada Ogos lalu.

Isu tersebut menjadi perdebatan hangat di media sosial malah ada antara mereka mendedahkan kawasan tersebut dipohon seorang pemuda berusia 22 tahun yang baru seminggu mendaftar perniagaan.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan berkata, pihaknya akan menghantar jentera pilihan raya untuk memastikan parti itu dapat mengekalkan kerusi tersebut.

Ramzi kekal Ketua Bahagian Kuala Krai

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

KUALA KRAI 21 Okt. - Penyandang Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti yang berlangsung di sini kelmarin, dengan perbezaan hanya 10 undi.

Ramzi memperolehi 382 undi mengatasi pencabarnya, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah yang mendapat 372 undi dan Sayed Mohd Ali Saipuddin dengan 24 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula menyaksikan bekas Ketua Pemuda, Tuan Aziz Tuan Hamat @ Tuan Mat memenangi jawatan tersebut selepas menewaskan Azizzuddin Hussein dan Amran Mat.

Tuan Aziz memperolehi 395 undi sementara Amran (205) dan Azizzuddin pula sebanyak 175 undi.

Sementara jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula menyaksikan Mohamed Zulkepli Omar memenangi jawatan tersebut selepas memperolehi 274 undi menewaskan empat pencabar lain.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat