{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Terengganu hab gamelan dunia?

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISAutusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 26 Okt. - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Terengganu sebagai hab gamelan dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebagai simbol negeri gedung budaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafie berkata, ia bagi memastikan cabang seni yang telah bertapak kukuh di negeri ini sejak lebih seabad itu terus subur sebagai warisan kebanggaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Gamelan Sedunia 2013 berkata, untuk itu, kerajaan negeri akan terus mempromosikan seni gamelan terutamanya kepada anak-anak muda dari semasa ke semasa.

"Kita juga bersedia untuk memperluaskan seni muzik gamelan ini di sekolah-sekolah mulai tahun depan serta bercadang untuk mendapatkan beberapa tenaga pengajar dari luar untuk tujuan berkenaan.

"Ini penting bagi memastikan kita dapat melahirkan lebih ramai pemuzik profesional khususnya dalam seni gamelan ini dengan menyemai minat, kecintaan dan mengasah bakat sejak kecil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Festival Gamelan Sedunia kali ke-3 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong, di Dataran Shahbandar di sini malam tadi.

Yang hadir sama Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah serta beberapa kenamaan lain.

Festival dwitahunan yang berlangsung selama tiga hari itu disertai oleh 300 peserta daripada 17 kumpulan pemuzik termasuk tujuh dari luar negara.

Selain Malaysia, negara lain yang turut menghantar penyertaan pada kali ini ialah Jepun, England, China dan Indonesia.

Festival yang merupakan sebahagian dariapda program Tahun Melawat Terengganu 2013 turut diisi dengan sesi bengkel bagi memberi pendedahan kepada pencinta gamelan untuk mempelajari dan mendalami seni permainan alatan gamelan dengan teras Melayu, Jawa dan Bali.

24,330 murid KAFA Terengganu khatam al-Quran

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

SEBAHAGIAN murid Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) negeri Terengganu yang diraikan dalam majlis khatam al-Quran secara serentak di seluruh negeri di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 26 Okt. - Seramai 24,330 murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu diraikan dalam majlis khatam al-Quran secara serentak di seluruh negeri hari ini.

Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk membudayakan al-Quran dalam jiwa rakyat bermula di peringkat usia awal.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sememangnya komited bagi memastikan sebahagian besar murid sekolah rendah di negeri ini khatam al-Quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Beliau berkata, dengan pencapaian yang terus melonjak itu, kerajaan negeri meningkatkan sasaran sehingga mencecah 50,000 murid kelas KAFA di negeri ini berupaya khatam al-Quran setiap tahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Saya sebut berulang kali soal ini. Kalau mereka pergi sekolah menengah sebelum khatam, maka peratusan untuk khatam begitu kecil. Alasannya, susah nak mengaji, masa terhad, malu dengan kawan-kawan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran untuk murid kelas KAFA di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini dengan dengan 6,830 murid dari kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di samping sekitar Batu Rakit dan Manir diraikan.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib; Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ramlah Yong; Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Husain dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Md. Kamarul Al-Amin Ismail.

Sementara itu di Besut, seramai 3,518 murid KAFA dari sekolah rendah di daerah ini menyertai Majlis Khatam al-Quran peringkat Parlimen itu di Masjid Nasiruddin Shah Kampung Raja, dekat sini hari ini.

Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof serentak dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud dipilih sebagai Sekolah Terbaik Khatam al-Quran tahun ini dengan menerima hadiah sebanyak RM500 bersama sijil manakala Sekolah Cemerlang UPKKK tahun lalu dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Kampung Raja dengan hadiah RM500.

Sementara itu pelajar terbaik, Nur Ayuni Mohd Zin dari Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dipilih sebagai pelajar terbaik UPKK bagi DUN Kuala Besut manakala pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Siti Aishah Mohd Nasir terpilih pelajar terbaik DUN Kota Putera.

Bagi DUN Hulu Besut, pelajar terbaik dimenangi pelajar Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Muhammad Yamin Mat Rusdi manakala pelajar terbaik DUN Jerteh dimenangi oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Hanis Ayuni Hadi.

Pidato tingkat penguasaan Bahasa Inggeris pelajar

Posted: 26 Oct 2013 12:01 PM PDT

KOTA BHARU 26 Okt. - Pertandingan pidato anjuran The Malay College old Boy Association (MCOBA) bukan sahaja merupakan salah satu pendekatan bagi mengasah penggunaan bahasa Inggeris, malah dapat menaik taraf pendidikan generasi sekarang dalam penguasaan bahasa tersebut.

Pengerusi Penganjur MCOBA, Dr. Fathi Abdullah berkata, sejak 2011 pihaknya memikirkan tentang tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat tempatan terutama pelajar.

"Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang harus dikuasai generasi muda untuk kita bawa Malaysia jauh ke hadapan.

"Selain itu inisiatif ini juga bagi mendidik anak muda untuk lebih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana rata-ratanya kurang berkeyakinan untuk menggunakannya.

"Bagi meningkatkan penggunaan ini di kalangan pelajar khususnya, tanggungjawab mendidik mereka tidak patut diletakkan ke atas bahu guru-guru sahaja kerana tugas tersebut tidak mampu dilaksanakan secara berseorangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program 'English Oratory Competition 2013' di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra dekat sini baru-baru ini.

Pertandingan melibatkan lima sekolah kluster dan empat sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta terbahagi kepada dua kategori iaitu menengah atas dan menengah bawah dengan pemenang diberikan ganjaran baucar penginapan, sijil penyertaan dan piala.

Kata Fathi lagi, bagi menjayakan usaha tersebut, kerjasama daripada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pemimpin di luar sekolah amat diperlukan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat