{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


PKINK, PMBK ghairah cari untung

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohamad Zaki

KOTA BHARU 8 Okt. - Seorang wakil rakyat Pas membidas tindakan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang disifatkan hanya memikirkan keuntungan dalam pembinaan rumah mampu milik bagi membantu rakyat berpendapatan rendah mempunyai kediaman sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, syarikat milik kerajaan negeri seperti Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya, sepatutnya membina lebih banyak rumah mampu milik termasuk melalui projek Rumah Awam Kos Rendah.

Mohamad Zaki turut menarik perhatian janji kerajaan Pas Kelantan untuk membina kira-kira 2,000 unit rumah seumpama itu di kawasan Parlimen Tumpat namun sehingga kini masih belum dilaksanakan.

Malah, katanya, di kawasan beliau sendiri dalam tempoh lima tahun lalu tidak ada sebuah pun rumah jenis tersebut dibina.

"Kena tune balik pemikiran pegawai PKINK, PMBK, jangan fikir nak untung," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Bajet tersebut dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dengan menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta dan turut memasukkan royalti minyak sebanyak kira-kira RM200 juta atau 36.41 peratus daripada anggaran keseluruhan hasil negeri sebanyak RM549.26 juta pada tahun depan.

Mengulas lanjut, Mohamad Zaki berkata, matlamat kerajaan negeri menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat tidak mungkin tercapai apabila syarikat-syarikat milik kerajaan lebih ghairah mencari keuntungan dengan menjualnya pada harga lebih tinggi sekitar RM100,000 berbanding jenis sama yang dibina swasta.

Beliau dalam masa sama menyarankan syarikat milik kerajaan lebih menumpukan usaha kepada pembinaan lebih banyak rumah awam kos rendah berharga sekitar RM45,000 sebuah bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerajaan negeri menambah baik kemudahan di pelabuhan Tok Bali yang ketika ini disifatkan tidak mesra pelanggan, seterusnya boleh menjejaskan pendapatan kerajaan.

Beliau berkata, berdasarkan rungutan yang diterima kemudahan yang ada kurang memuaskan menyebabkan syarikat-syarikat lebih berminat menggunakan kemudahan di pelabuhan Kemaman dan Kuantan untuk tujuan operasi mereka.

Pas Kelantan digesa tubuh badan khas kaji pelaburan

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Abdul Aziz

KOTA BHARU 8 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan diminta menubuhkan badan khas yang berperanan mengkaji setiap syarikat yang mahu melabur di negeri ini untuk memastikan perjanjian yang dimeterai dapat dilaksana bukan sekadar persetujuan di atas kertas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, perkara itu perlu dilaksana kerana terlalu banyak memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai sebelum ini tidak terlaksana malah ada syarikat yang sudah beroperasi terpaksa ditutup.

"Sudah ratusan MoU yang dimeterai tetapi berapa jumlahnya yang berjaya, saya rasa lima peratus daripada jumlah itu atau pun mungkin tidak sampai langsung.

"Kita kena ada satu badan yang mengkaji setiap syarikat ini, jangan hanya menipu mahu buat MoU tetapi selepas itu lari, inilah yang perlu kita elakkan dan perlu ada kajian," katanya ketika membahas Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut Abdul Aziz, kegagalan berterusan itu tidak dapat dielakkan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan gagal memprofailkan setiap syarikat yang mahu melabur di Kelantan terutama perniagaan sedia ada oleh syarikat berkenaan atau kemampuan mereka.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi fokus kepada pembanguan kawasan perindustrian di Padang Tembak, Pengkalan Chepa yang semakin ketinggalan untuk memastikan kelangsungan beberapa kilang yang masih beroperasi di situ.

"Tujuan asal kita bangunkan adalah untuk dijadikan kawasan industri bukannya pasar malam kerana banyak kilang yang beroperasi di situ telah ditutup.

"Saya harap kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memastikan kawasan itu maju kerana banyak kilang yang beroperasi boleh membantu peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan kenyataan Pejabat Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kelantan lebih 200 kilang yang beroperasi di negeri ini ditutup sejak tahun 1990 kerana tiada sokongan daripada kerajaan negeri.

Pengarahnya, Azran Deraman seperti dilaporkan berkata, kerajaan negeri gagal menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap di kawasan tersebut seperti jalan, air dan sebagainya sehingga mendorong penutupan setiap syarikat berkenaan.

Beliau berkata, kebanyakan syarikat yang ditutup berpindah ke Terengganu dan Melaka kerana mendapat sokongan kerajaan negeri berkenaan selain pembukaan beberapa kawasan perindustrian baharu.

KADA belanja RM300,000 baiki rumah pam

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Md. Alwi Che Ahmad (kiri) beramah mesra dengan sebahagian pengurus KADA dalam Majlis Perjumpaan Pengerusi KADA Bersama Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 8 Okt. - Berita baik kepada petani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) apabila dapat mengusahakan kembali sawah mereka setelah pam lama di Rumah Pam Kemubu di sini, siap dibaiki dan dapat menyalurkan air semula ke sawah.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, petani tidak lagi perlu bimbang tentang masalah bekalan air kerana pam lama yang dibaiki dengan kos RM300,000 tersebut berupaya mengepam air dari paras serendah 3.4 meter, iaitu paras kebiasaan air Sungai Kelantan.

Tambahnya, keadaan juga akan bertambah baik apabila projek menaikkan benteng bagi pam baharu yang memerlukan ketinggian air 4.5 meter dijangka siap sepenuhnya Disember ini.

Jelasnya, usaha KADA tersebut akan menampung kerugian kira-kira RM300 juta yang dialami sejak tahun lalu apabila tiga musim pengeluaran padi terbantut akibat masalah bekalan air.

"Pam baharu memerlukan ketinggian air 4.5 meter untuk berfungsi dan menjadi masalah apabila bekalan air Sungai Kelantan tidak mencukupi dan kurang dari paras yang dikehendaki.

"Kita berusaha mengatasinya dengan melaksanakan projek membina benteng tetapi tidak siap kerana beberapa masalah, jadi tender baharu bernilai RM2 juta untuk menyempurnakannya telah diberi kepada kontraktor lain.

"Buat masa ini, kita sudah berjaya membaiki semula pam lama yang mana reka bentuknya membolehkan air dipam pada paras lebih rendah dan kita berharap semua pesawah dapat turun mengusahakan padi semula pada musim baru yang bermula bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Perjumpaan Pengerusi KADA Bersama Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di pejabat KADA, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar KADA, Ridzuan Ismail.

Menurut Md. Alwi, pada musim pertama dari Februari hingga Ogos lalu, pesawah hanya berjaya menanam di kawasan sejumlah 10,123 hektar atau satu pertiga berbanding jumlah keseluruhan 29,450 hektar kawasan penanaman padi KADA.

Beliau berkata, kerugian bukan sahaja membabitkan usaha penanaman padi tetapi turut menjejaskan bidang lain seperti perusahaan bekalan baja, benih, racun, membajak dan penghasilan beras yang merupakan punca pendapatan kepada PPK dan petani.

"Pada musim pertama baru-baru ini, tidak ada satu hektar tanah sawah KADA dapat ditanam bagi kawasan Kota Bharu Hulu yang seluas 2,959 hektar manakala bagi Kota Bharu Selatan hanya 68 hektar daripada kawasan seluas 5,350 hektar dapat ditanam padi sedangkan dalam masa sama petani telah membajak kawasan kira-kira 1,000 hektar bagi jajahan ini.

"Sebab itu, ada petani berputus asa tidak mahu tanam padi, menjual tanah mereka, menimbun sawah untuk membina rumah, beralih kepada menanam kenaf dan meninggalkan tanah kosong.

"Saya mahu beri keyakinan semula kepada petani untuk kembali turun mengusahakan padi musim ini kerana KADA telah berusaha sedaya upaya memastikan bekalan air yang cukup," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat