{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Masih ada pengusaha bas berdegil

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Sekumpulan pengusaha bas berhimpun secara aman mendesak SPAD mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas yang masih enggan berpindah ke Terminal Amanjaya di Ipoh, semalam.

IPOH 21 Okt. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana pengusaha bas yang enggan berpindah ke Terminal Amanjaya di sini, dan masih meneruskan operasi di beberapa terminal lain sekitar bandar raya ini.

Pengusaha bas yang mewakili kira-kira 50 operator lain, Faizal Mustafa berkata, usaha kerajaan memusatkan perkhidmatan awam di Terminal Amanjaya akan menjadi sia-sia jika terdapat pihak lain terus mengambil penumpang di Jalan Bendahara, Medan Kidd, Bercham dan kawasan berhampiran Medan Gopeng di sini.

"Apabila diarahkan berpindah ke Terminal Amanjaya, kami menurut arahan. Kami dijanjikan semua terminal bas lain akan ditutup. Namun, sekarang kami berdepan masalah kerana ada syarikat lain yang masih beroperasi di beberapa terminal bas lain.

"Perkara ini menyebabkan perniagaan kami terjejas dan staf pun mengalami masalah tunggakan gaji. Malah, medan selera di Terminal Amanjaya juga sudah ditutup disebabkan kekurangan pelanggan di sana," katanya.

Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas bersama beberapa wakil pengusaha bas berhimpun secara aman di hadapan pejabat SPAD di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, di sini hari ini.

Mereka turut memegang kad manila yang antara lain tertulis ayat-ayat seperti 'Perancangan baik, pelaksanaan 'hancur', 'Peniaga kios dan pengusaha bas kerugian besar' dan 'Menteri Besar Perak tolong jangan biarkan SPAD aniaya kami'.

Dalam pada itu, Faizal mendakwa, beberapa pengusaha bas hanya mematuhi arahan berpindah pada 26 Ogos lalu namun mereka kembali beroperasi di beberapa terminal lain di sekitar bandar raya ini selepas tiada lagi langkah penguatkuasaan tegas oleh SPAD.

Sehubungan itu, dia mahu tindakan lebih berkesan diambil kerana situasi mereka kini diibaratkan sebagai 'hidup segan, mati tak mahu'.

"Kita akan teruskan himpunan seperti ini sehinggalah janji untuk menutup beberapa terminal lain terlaksana. Kalau tidak berkesan juga selepas ini, kita akan berhimpun pula di pejabat Menteri Besar dan seterusnya ke pejabat SPAD di Kuala Lumpur," katanya.

Banjir: 40 penduduk dipindah

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

OTHMAN YAHAYA
utusanpenang@utusan.com.my

KEADAAN rumah mangsa yang ditenggelami air di Bumbung Lima dan Pantai Kamloon, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Othman Yahaya

KEPALA BATAS 21 Okt. - Kira-kira 40 penduduk yang tinggal di Pantai Kamloon dan Bumbung Lima di sini terpaksa dipindahkan berikutan rumah mereka dinaiki air sehingga paras pinggang selepas hujan lebat lebih tiga jam hari ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Nazli Aziz berkata, kejadian tersebut berlaku berikutan air laut pasang.

"Bagi kawasan Kepala Batas, kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Bumbung Lima apabila 24 orang daripada sembilan keluarga terpaksa dipindahkan.

"Ini bagi memastikan keselamatan selepas rumah mereka dimasuki air hingga paras pinggang dan keadaan ini dijangka berterusan berikutan hujan lebat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika membantu kerja-kerja pemindahan keluarga terbabit ke Masjid Pantai Kamloon yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir di kampung itu, di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa keluarga lain dikesan menumpang di rumah saudara mara mereka yang berada di lokasi agak tinggi.

Nazli memberitahu, bagi kawasan Pantai Kamloon sahaja, sebanyak tiga keluarga telah dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air hingga paras lutut.

Sementara itu, di Tasek Gelugor, Ahli Parlimennya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara bertambah daripada 300 kepada 400 orang.

Menurutnya, kesemua mereka daripada 60 rumah di 13 kampung yang terletak berhampiran Sungai Jarak, dekat sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.

"Kawasan rumah mereka masih terdapat air banjir, jadi untuk keselamatan kita tidak benarkan mereka pulang lagi dan duduk di pusat pemindahan sehingga keadaan kembali pulih," lagipun cuaca hari ini masih hujan dan saya bimbang jika air banjir itu akan terus naik," katanya.

Kepemimpinan baharu UMNO bawa perubahan di Kuala Kangsar

Posted: 21 Oct 2013 11:48 AM PDT

Wan Mohammad Khair-il, Mohd. Kamil, Maslin Sham

IPOH 21 Okt. - Kejayaan ketiga-tiga wakil rakyat di Kuala Kangsar memenangi kesemua jawatan tertinggi dalam UMNO bahagian tersebut kelmarin akan memudahkan pelaksanaan program pembangunan di kawasan tersebut.

Dalam pemilihan parti kelmarin, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad menang jawatan Ketua Bahagian manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie menang Timbalan Ketua dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman (Naib Ketua).

Sebelum ini, Wan Mohammad Khair-il adalah Timbalan Ketua Bahagian manakala Mohd. Kamil (Naib Ketua) dan Maslin Sham (Ketua Pemuda Bahagian).

Menurut Wan Mohamad Khar-il, kemenangan ketiga-tiga wakil rakyat itu memberikan kekuatan baharu kepada pihaknya untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan di Kuala Kangsar dengan lebih berkesan.

Katanya, selain memastikan projek yang telah dijanjikan sebelum ini seperti pembinaan Bangunan Persekutuan Kuala Kangsar dapat dilaksanakan, pihaknya mahu pembukaan tanah secara besar-besaran untuk perladangan, pertanian dan industri kecil dan sederhana (IKS) dilakukan di Kuala Kangsar.

Di samping itu, selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberikan saya kelebihan untuk melihat cadangan-cadangan di dalam MPOB dapat dilaksanakan di Kuala Kangsar.

Mungkin ada cadangan di dalam MPOB untuk menubuhkan pusat latihan atau penyelidikan yang boleh dibawa ke Kuala Kangsar kerana ada kawasan ini mempunyai tanah selepas projek yang dirancang dahulu telah dibuat di tempat lain," katanya.

Wan Mohamad Khair-il berkata, pihaknya juga mahu industri pelancongan di Kuala Kangsar dirangkaikan dengan Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong dan Taman Negeri Royal Belum di Gerik sebagai satu kluster pelancongan.

Katanya, dengan cara itu, tarikan yang ada di Kuala Kangsar yang terkenal sebagai antara bandar tercantik di Malaysia serta bangunan lama, industri kraf dan sejarahnya dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan berkesan di peringkat dunia.

Saya percaya kalau kawasan ini dirangkaikan dengan Lenggong dan Gerik yang terletak tidak jauh dari kawasan ini di dalam satu kluster, industri pelancongan di tiga kawasan ini ada potensi besar untuk menjadi hab pelancongan di peta dunia," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat