{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Tukang urut berpura-pura sakit jantung, elak ditahan

Posted: 19 Feb 2014 02:51 AM PST

KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Seorang tukang urut wanita warga China berpura-pura sakit jantung apabila pusat urut tempat beliau bekerja diserbu Jabatan Imigresen Terengganu, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Imigresen Terengganu, Mohd. Shahrir Khalil berkata, wanita berusia 30-an itu mengadu sakit jantung dan terpaksa diusung pegawai penguatkuasa sehingga ke dalam van.

Katanya, dalam serbuan tiga jam bermula 8.30 malam di Kampung Dalam itu sembilan wanita warga China yang sedang leka melayan pelanggan di premis berkenaan turut diperiksa.

"Hasil pemeriksaan kita dapati kesemua wanita warga China yang berusia 37 hingga 46 tahun itu mempunyai permit kerja sah, sebelum kesemua mereka dibebaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 12 orang pelanggan warga tempatan yang berada di premis berkenaan juga diperiksa dan kemudian dibebaskan. - BERNAMA

Najib teruja tunggu tarikh perasmian Jambatan Kedua P.Pinang

Posted: 19 Feb 2014 02:48 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat teruja menunggu tarikh perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang dijadualkan awal bulan depan.

"Rancangan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang lahir pada 2006. Saya tidak sabar menunggu untuk merasmikan pembukaannya kepada orang ramai bulan depan," kata Najib dalam tweet terbarunya hari ini.

Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) itu - 17km daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan - dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.

Pembukaan jambatan ini dijangka mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang sedia ada sebanyak 25 peratus.

Jambatan berharga RM4.5 bilion yang dibina kerajaan persekutuan ini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia dijangka mampu menampung kegunaan 100,000 kenderaan sehari.

Jambatan ini pada mulanya dijangka siap 8 November tahun lepas dan dibuka kepada orang ramai menjelang November, tetapi ditunda ke tahun ini. - BERNAMA

83 peratus kemalangan lebuh raya disebabkan kenderaan berat

Posted: 19 Feb 2014 01:27 AM PST

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Sebanyak 40 peratus kenderaan berat yang beroperasi di atas jalan raya di negara ini dikategorikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai kenderaan lama dan uzur.

Lebih memburukkan keadaan, 83 peratus kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan pada tahun 2012 adalah disebabkan oleh kenderaan-kenderaan berat ini di mana sebilangannya turut melibatnya kenderaan lama yang disebutkan tadi manakala 18.7 peratus pula adalah lori.

Ketika mendedahkan perkara ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, walaupun agak sukar untuk 'mengarahkan' syarikat-syarikat yang memiliki kenderaan berat termasuk lori lama dan uzur itu menukar kenderaan mereka, namun usaha-usaha ke arah itu sedang giat dijalankan.

"Kita tahu kenderaan uzur dan lama yang tidak disenggara dengan baik antara penyumbang kepada kemalangan namun kita juga tidak boleh memaksa syarikat-syarikat berkenaan menukar secara mendadak kenderaan mereka.

"Kemungkinan syarikat berkenaan hanya ada satu sahaja kenderaan berat berkenaan dan kenderaan itu pula uzur, jadi agak sukar untuk mereka membeli kenderaan baru.

"Tapi, kita sedang berusaha dan memantau perkara ini dengan teliti agar jumlah kenderaan berat yang lama dan uzur akan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

"Lambat laun, mereka kena akur untuk menukar kenderaan lama itu kerana mereka juga kena mematuhi kod amalan kesihatan dan keselamatan SPAD bagi membolehkan permit mereka diluluskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kelab Pemandu Trak Asia (ATDC) di Niitsu Logistic Bus Stop di Seri Kembangan yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat