{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Anwar seorang oportunis

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

Zamil Ibrahim

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Rakyat termasuk pemimpin pembangkang perlu memberi perhatian serius terhadap pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor jika mahukan jawatan tersebut untuk kepentingan peribadi.

Menurut beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah rapat dengan Anwar, Penasihat PKR itu merupakan seorang oportunis yang akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, Mahathir adalah orang yang paling mengenali Anwar kerana beliau membawa Ketua Pembangkang itu masuk ke dalam UMNO walaupun tindakan itu mendapat kritikan hebat daripada kalangan pemimpin UMNO yang merasakan Anwar akan merosakkan parti nanti.

"Pada waktu itu, Tun Mahathir menggilap dan menatang Anwar lebih daripada beliau menatang anaknya, Datuk Mukhriz sehingga Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Selepas 16 tahun, baru Tun Mahathir menyedari siapa Anwar sebenarnya, maka Anwar menerima akibatnya pada 2 September 1998.

"Kita perlu beri perhatian terhadap pandangan Tun (Mahathir) kerana beliau tidak ada sedikit pun rasa iri hati kepada Anwar kerana beliau ambil Anwar daripada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang biasa ketika itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata, Anwar tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Pembangkang itu mahu menggunakan jawatan berkenaan untuk melakukan apa sahaja yang beliau mahu.

Beliau berkata, jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun tidak akan memberi Anwar kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang jika beliau melakukan kesalahan.

Azwandin Hamzah

Zamil juga berkata, sejak penubuhan PKR (asalnya Parti Keadilan Nasional) sehingga sekarang, semua perjuangan parti hanya berkisar mengenai perjuangan Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berkata, sekiranya Anwar benar-benar seorang pemimpin yang sangat baik dan jujur kepada rakyat di Selangor, beliau sepatutnya sudah bertanding di kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Bekas Exco PKR, Azwandin Hamzah pula berkata, rakyat Selangor perlu merasa bimbang sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan rekod beliau menangani krisis ekonomi yang melanda rantau Asia pada 1997.

Katanya, Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu telah gagal menangani situasi itu sehingga menyebabkan negara mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan tidak mustahil masalah sama boleh berlaku ke atas Selangor jika beliau menjadi Menteri Besar.

"Kita juga boleh melihat tidak ada satu pembangunan atau keistimewaan yang dibawa oleh Anwar kepada penduduk di Permatang Pauh selama beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut," katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berpendapat, Anwar mahu bertanding di DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor semata-mata hendak menggunakan pengaruh dan rakyat sebagai benteng daripada dikenakan tindakan undang-undang dalam tuduhan kes liwat yang dihadapinya sekarang.

"Kalau Anwar menang di Kajang pun, belum tentu beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor. Sekarang, pun ramai kalangan pemimpin Pas dan DAP tidak setuju tetapi mungkin terpaksa bersetuju kerana mengiktiraf kedudukan Anwar selaku Ketua Pembangkang.

"Namun, kalau Anwar tersilap langkah dan menang dengan majoriti yang kurang di DUN Kajang, Pas dan DAP mungkin menggunakan alasan itu untuk menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

BN mampu tawan semula Kajang - Pak Lah

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Abdullah Ahmad Badawi berkata sesuatu kepada Mohd. Kamal Hassan (dua dari kanan) sewaktu beliau hadir untuk merasmikan Seminar Memperingati Prof. Datuk Dr. Mohamed Mackeen Abdul Majid di UIAM, Gombak, semalam. Turut sama, Timbalan Rektor, Pengantarabangsaan, Industri dan Kemasyarakatan UIAM, Prof. Dr. Abdelaziz Berghout (tengah). - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika bekerja lebih kuat dan mengelak daripada perselisihan sesama sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon pembangkang bukanlah halangan besar untuk BN meraih kejayaan pada pilihan raya kecil 23 Mac itu.

"BN ada peluang menang kalau kerja kuat. Kita kena hadapinya (pilihan raya) dengan baik, apa juga tindakan mestilah diberikan dengan hujah dan keterangan yang baik, jika tidak, ia tidak beri kebaikan kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas seminar 'Memperingati Tokoh Akademik, Allahyarham Prof. Datuk Dr. Mohamed Mackeen Abdul Majid' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Yang turut hadir Profesor Ulung UIAM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan.

Abdullah berkata, walaupun sehingga kini BN masih belum mengumumkan calon, namun peluang untuk memenangi kerusi itu tetap cerah.

"Itu (umum calon BN) kita serah kepada parti, bilakah waktunya hendak mengambil tindakan (umum calon) dan siapakah calon yang sesuai," katanya.

Beliau berkata, BN boleh memenangi hati pengundi jika berjaya menjelaskan isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang.

Selain itu, katanya, kempen-kempen pilihan raya BN juga perlu dijalankan secara tersusun untuk mematahkan dakyah pembangkang.

"Jika kita mampu menyampaikan hujah-hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah," katanya.

Sementara itu, Abdullah berkata, pihak berkuasa termasuk jabatan agama Islam negeri perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan provokasi menghina Islam.

"Kita tak boleh benarkan penghinaan terhadap Islam... Penting untuk kerajaan ambil tindakan sewajarnya agar provokasi tidak merebak.

"Jika tidak, pihak yang membuat provokasi sangka kerajaan takut hendak ambil tindakan dan kejadian menghina Islam terus berlaku," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat