Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Kematian ADO lebih menjurus akibat mati lemas Posted: 17 Feb 2014 10:48 PM PST KUALA TERENGGANU 18 Feb. - Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda didapati tidak menunjukkan unsur jenayah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata, setakat ini mangsa dipercayai mati akibat lemas, namun pihaknya masih menunggu laporan toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. Beliau berkata, laporan bedah siasat yang selesai diadakan pada pukul 6 petang semalam tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa. - BERNAMA |
Mayat pelajar lemas dijumpai tersangkut pada pukat Posted: 17 Feb 2014 10:25 PM PST TEMERLOH 18 Feb. - Mayat remaja lelaki yang lemas semasa mandi-manda di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit di sini petang semalam, ditemui tersangkut pada pukat ikan di dasar sungai itu oleh penduduk Kampung Tengah malam tadi. Ketua Polis Daearah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Mohd. Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, ditemui kira-kira 12 tengah malam. "Mayatnya ditemui tersangkut pada pukat ikan penduduk kampung di dasar sungai di kawasan beliau dilaporkan tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |