Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
- Penduduk kesal tiada tindakan diambil
- Jalan Hulu Langat-Ampang dicemari sampah
- LRT hingga ke Pelabuhan Klang
Penduduk kesal tiada tindakan diambil Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sikit-sikit lama-lama sampah membukit. Itu reaksi penduduk sekitar Wangsa Maju Seksyen 2, di sini mengenai timbunan sampah sarap berhampiran kawasan perumahan mereka yang tidak dikutip sejak beberapa hari lalu. Seorang suri rumah yang menetap di kawasan itu, Victoria Anthony, 60, berkata, pada awalnya, kawasan itu bersih tetapi mula menjadi lokasi sampah sarap. "Apabila ada orang meletakkan sampah di situ, orang lain yang melalui jalan ini mula mengikut jejak mereka. "Dulu, kawan saya yang tinggal di sini pernah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, seorang pegawai bank, Ruslin Redwan, 22, berkata, masalah sampah di kawasan itu telah berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada cara untuk menyelesaikannya. "Apabila hujan, keadaan sampah di sini akan bertambah teruk apabila ditiup angin atau dibawa air. Memburukkan lagi keadaan apabila beberapa ekor anjing dilihat menyelongkar sampah di situ. "Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan tong ataupun rumah sampah yang mencukupi," katanya. Seorang pengawal keselamatan, Zainal Abidin Shariff, 51, berkata, walaupun pekerja DBKL pernah datang mengangkut sampah itu, masalah tersebut masih berlarutan. Selain itu, difahamkan, rumah sampah yang terdapat di sebuah blok kawasan perumahan Wangsa Maju Seksyen 2 tidak dipungut oleh pihak bertanggungjawab mengikut jadual. Sampah yang terkumpul itu terlalu banyak sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Terdapat juga pekerja di sekitar kawasan itu yang membuang sampah tanpa menghiraukan penduduk keselesaan penduduk. |
Jalan Hulu Langat-Ampang dicemari sampah Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST Pihak bertanggungjawab perlu memantau kegiatan pembuangan sampah di bahu jalan sepanjang Jalan Hulu Langat-Ampang, Selangor bagi memastikan lokasi itu tidak terus dijadikan tempat pembuangan sampah haram. KUALA LUMPUR 18 Feb. - Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di bahu jalan sepanjang Jalan Hulu Langat-Ampang amat dikesali. Keadaan itu membayangkan sikap segelintir masyarakat yang tidak berdisiplin dan kurang prihatin terhadap kebersihan. Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, sampah domestik seperti sisa makanan, lampin bayi dan sebagainya ditemui di kawasan tersebut. Bukan sahaja ia menjejaskan persekitaran, bahkan turut dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes hingga menyebabkan penularan wabak denggi. Ini lebih-lebih lagi kawasan tersebut merupakan hotspot wabak denggi yang boleh membahayakan kesihatan penduduk sekitar. Sebagai pihak bertanggungjawab, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) digesa memantau dan membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan kawasan itu tidak terus dijadikan lokasi pembuangan sampah haram. |
Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST Oleh Mohamad Ariff Mohd.Yusof Azhari Shaari (tengah) menyerahkan memorandum berhubung permohonan supaya Prasarana membina laluan LRT di Shah Alam kepada Shahril Mokhtar (kanan) di Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, cadangan tersebut kini berada di tahap terakhir sebelum dibentangkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bulan depan. "Rancangan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, sekali gus merealisasikan usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. "Status projek ini berada di tahap akhir sebelum dibentangkan kepada pihak SPAD dalam menentukan laluan yang bakal dibina,"katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum berhubung permohonan membina laluan LRT dari Kelana Jaya ke Shah Alam daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari di sini hari ini. Baru-baru ini, UMNO Bahagian Shah Alam meminta kemudahan itu dibina sehingga ke bandar raya tersebut bagi memudahkan penduduk di kawasan itu. Sementara itu, Shahril berkata, Shah Alam menjadi semakin padat, ditambah pula dengan projek pembangunan perumahan dan pusat komersil pada masa depan. Menurut data bancian 2011, jumlah penduduk di Shah Alam telah melebihi 646,980 orang dan kebanyakan mereka berulang alik setiap hari ke bandar-bandar lain seperti Subang Jaya,Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. "Buat masa ini, jumlah bas awam sebanyak 250 buah bakal ditambah bagi menambah baik sistem perkhidmatan sedia ada," ujar Shahril. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |