Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR NAMA samaran Cik Epal memberikan populariti tersendiri bagi gadis bernama Nur Munirah Mahmood, 24, ini. Menerusi nama tersebut juga dia mewujudkan satu blog cikepal06.blogspot, yang berjaya mengumpul pengikut seramai 30,869. Saya juga salah seorang pembaca senyap yang sering terkunjung ke blog Cik Epal mencari maklumat tertentu. Cik Epal jadi diri sendiri Nur Munirah atau lebih popular dengan gelaran Cik Epal. Nyata penyampaian Nur Munirah dalam blognya memang bersahaja dan pelbagai tip serta maklumat berguna dikongsi bersama pengikutnya. Saya mula menulis blog pada awal tahun 2009. Perkongsian isi kandungan blog ringkas sahaja tentang resipi, tempat makan menarik, ulasan filem yang baru ditayangkan di pawagam, pelancongan, gaya hidup dan pelbagai lagi. Apabila saya menulis di blog, saya lebih selesa menjadi diri sendiri dan menulis macam saya bercerita dengan kawan dengan bahasa yang santai tidak macam baca surat khabar," ujar Nur Munirah yang ditemui pada satu sesi fotografi di studia Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bagi Nur Munirah, aktiviti blog memberikan begitu banyak manfaat kepada dirinya terutama dari segi kewangan. Banyak yang saya dapat daripada aktiviti blog ini sebenarnya. Pada mulanya, saya tak sangka pulak dengan hanya melalui blog, boleh menjana pendapatan yang sangat-sangat lumayan. Saya sangat berbesar hati apabila ada syarikat pengiklanan yang percaya saya boleh menulis ulasan iklan dengan baik. Secara tidak lansung, meningkatkan semangat saya untuk terus menulis blog dan boleh meningkatkan duit poket saya juga. Selain itu tentunya keseronokan dapat membuat lebih ramai rakan baru setiap hari. Mengenali rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang membuatkan saya melatih diri menjadi matang dan bersedia menangani apa juga pendapat. Kesimpulannya menjadi penulis blog memang sangat menyeronokkan," ujar Nur Munirah yang menyifatkan apa yang dikongsi di blog ikhlas dari hatinya. Anak sulung berasal dari Johor ini juga membuktikan aktif menulis blog bukan satu yang sia-sia apabila dia pernah tercalon dalam lima terbaik bagi kategori Best Personal Blog untuk Blogrrr Awards 2013, sekali gus menjadikan Cik Epal sebaris dengan penulis-penulis blog tempatan terkenal masa kini. Secara peribadi saya merasakan kehidupan saya dulu dan sekarang sama sahaja. Hubungan dengan kawan-kawan di alam nyata pun sama sahaja. Cuma kawan-kawan dan kenalan semakin bertambah. Buat sementara waktu ni, saya buat bisnes online. Menjual baju, skirt, shawl dan sebagainya di instagram@bycikepal. Selepas ini saya akan menjual macaron pula.Kalau saya rasa nak kemas kini blog, saya buat sahaja sebab saya tidak ada masa-masa tertentu untuk menulis. Prinsip hidup saya ialah hadapi semua dengan senyuman dan yakin dan percaya pada diri sendiri. Hidup ini ada turut naik, kalau kita buat sesuatu dengan niat yang betul, insya-Allah apa yang kita usahakan akan dapat hasilnya dan jadilah seorang yang positif," katanya panjang lebar. |
Pelbagai fesyen dalam satu butik Posted: 18 Feb 2014 11:02 PM PST Pelbagai rekaan dan potongan yang diingini oleh pelanggan boleh dimiliki di Aamily, sama ada kasual, gaya ke tempat kerja, untuk golongan profesional mahupun mereka yang mencari pakaian sesuai untuk ke majlis. Potongan baju labuh ilham kurta wanita Pakistan yang diolah moden dan dipakai bersama kain atau seluar besar longgar, nyata sesuai serta selesa dipakai tatkala membeli-belah, bercuti atau menempuh perjalanan yang jauh. Jika inginkan fesyen yang berpotongan longgar namun nampak elegan dengan penggunaan fabrik bermutu dan bercorak menarik, boleh mencuba jubah moden atau kaftan yang mengikut saiz si pemakai. Dimiliki oleh Azrina Ariffin dan Isma Baharin, Aamily turut menyediakan rekaan yang eksklusif bagi pelanggan yang hanya dia sahaja yang memiliki rekaan tersebut. Kata Azrina, memang terdapat pelanggan yang mahukan kelainan dan berbeza daripada orang lain. Permintaan untuk rekaan sebegini memang ada dan sebolehnya kami akan layan," katanya. Selain itu, kata Azrina, atas permintaan ramai kebanyakan koleksi datang dalam warna-warna terang biarpu masih diselitkan warna-warna asas dan rona gelap. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah warna jingga yang menampilkan perasaan segar dan gembira apabila memakainya. Jika agak tidak berani bergaya sepasang, padankan dengan warna lain yang lebih lembut. Bagi yang menyukai rona gelap, terdapat pilihan untuk warna hijau lumut, coklat, kelabu atau merah tua. Keserian si pemakai akan lebih jelas dengan penambahan aksesori yang bersaiz besar. Sebulan sekali akan terdapat koleksi terbaharu bagi memenuhi kehendak pelanggan bukan sahaja daripada sekitar Seremban tetapi juga kawasan yang berhampiranm," kata Azrina. - MERAN ABU BAKAR |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |