{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Sindiket klon kad ATM tumpas

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Chong Mun Phing (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kad klon ATM yang dirampas daripada sindiket antarabangsa pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 19 Feb. - Satu sindiket antarabangsa didalangi dua rakyat Sri Lanka yang mengklon kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik pemegangnya di luar negara sebelum mengeluarkan wang di bank tempatan di sini, berjaya ditumpaskan polis.

Antara pemegang akaun bank yang menjadi sasaran sindiket itu adalah Toronto Bank dan Scotia Bank, masing-masing di Kanada.

Sindiket itu ditumpaskan ekoran penahanan kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun, dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, hasil serbuan, polis merampas 2,217 kad pelbagai jenis serta peralatan termasuk komputer riba dan 58 kotak keselamatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad berkenaan yang mempunyai jalur magnetik sebagai klon dengan memasukkan data akaun bank serta nombor keselamatan pengguna ATM di luar negara.

"Mereka kemudian mengeluarkannya di mesin ATM bank-bank tempatan dengan setiap kad terbabit dikeluarkan wang sebanyak RM1,000 sehari," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mun Phing seterusnya memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai memulakan kegiatan mereka sejak dua bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, salah seorang suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak 2008 manakala seorang lagi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak September 2013 dan telah tamat tempoh awal tahun ini.

"Setakat ini, kedua-dua suspek terbabit direman empat hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Suspek pukul teman wanita sehingga mati ditahan

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab memukul teman wanitanya sehingga mati di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hendak mendapatkan rawatan kecederaan di bahagian belakang kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

"Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan tersebut akibat dibelasah oleh keluarga mangsa ketika berada di hospital berkenaan semalam.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi di PPUM setelah dihantar mendapatkan rawatan di situ akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul.

Yahaya seterusnya berkata, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat