Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Penarik kereta mengaku tidak bersalah bunuh pengasas Ambank Posted: 18 Feb 2014 07:05 PM PST KUALA LUMPUR 19 Feb - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (Ambank), Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isteri mangsa, Cheong Mei Kuan. Selepas merekodkan pengakuan tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan selama dua minggu bermula 9 Jun ini. - UTUSAN ONLINE |
Utusan Malaysia amal pemberitaan yang adil - Mohd. Asron Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST PULAU PINANG 18 Feb. - Utusan Malaysia mengamalkan pemberitaan yang adil dengan menghubungi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum mengeluarkan berita mengenai ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor berkaitan isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor. Wartawan Eksekutif, Mohd. Asron Mustapha berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan dengan alasan belum bersedia untuk memberi kenyataan kepada akhbar itu. Malah menurut Mohd. Asron, beliau juga membuat salinan penuh ucapan yang disampaikan Mat Sabu yang menjulang Mat Indera sebagai pejuang negara sedangkan Mat Indera ialah seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan. Tambahnya, beliau juga membuat penyelidikan melalui internet berkaitan sejarah serangan Bukit Kepong sebelum menulis berita berkaitan ucapan itu. "Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ucapan Mat Sabu itu bercanggah dengan sejarah dan menimbulkan kontroversi kerana kisah serangan di Balai Polis Bukit Kepong amat dekat di hati masyarakat terutama keluarga mereka yang terlibat. "Saya juga tiada niat jahat atau menokok tambah berita dengan niat untuk mensensasikan berita yang dibuat kerana apa yang dilaporkan ialah selari dengan apa yang dituturkan oleh Mat Sabu,'' katanya. Beliau menjawab soalan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dalam perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Mat Sabu memfailkan saman tersebut pada 21 Disember 2011 kerana mendakwa pihak defendan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Dalam pernyataan tuntutannya, Mat Sabu mendakwa pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berunsur fitnah. Dalam keterangannya, Mohd. Asron berkata, beliau bagaimanapun tidak menghubungi semula Mat Sabu selepas artikel itu diterbitkan namun menulis berita berdasarkan laporan portal HarakahDaily yang menyebut Mat Sabu tidak ingat sama ada pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi itu atau tidak. Sementara itu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu juga dilihat cuba mengasak Mohd. Asron dengan mendakwa saksi tersebut tidak mendapatkan sumber yang sahih berkaitan isu serangan di Bukit Kepong. Malah, Mohamed Hanipa juga beberapa kali mengaitkan UMNO dalam penyiaran berita tersebut menyebabkan Mohd. Hafarizam bangkit membantah namun pertikaman lidah antara kedua-dua mereka dileraikan oleh Hakim Datuk Seri Zakaria Sam (kini Hakim Mahkamah Rayuan). Mohamed Hanipa juga mempersoalkan laporan Utusan Malaysia mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang melabelkan Mat Indera sebagai pengganas sedangkan artikel berkaitan individu itu terkandung di dalam buku Pengukir Nama Johor. Dalam pada itu, ketika mahkamah ditangguhkan, Mat Sabu bertindak di luar batas apabila 'menyerang' Mohd. Asron dengan kata-kata kesat serta menuduh Utusan Malaysia berniat jahat terhadapnya. Insiden itu juga menyebabkan berlaku perang mulut antara Mohd. Asron dan Mat Sabu sehingga berlarutan ke luar mahkamah. Hakim Zakaria menetapkan 19 Mac ini untuk pengurusan kes. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |