{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Tertuduh tidak mengaku salah

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Koong Swee Kwan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi hujung Julai tahun lalu.

Tertuduh turut membuat pengakuan sama atas tuduhan cubaan membunuh isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuan, 50.

Swee Kwan, 45, membuat pengakuan tersebut pada sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini.

Hakim Datuk Azman Husin selepas merekodkan pengakuan terbabit menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 9 Jun ini.

Mengikut pertuduhan, Swee Kwan didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zamri Idrus.

Menurut laporan akhbar, Hussain dilaporkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala Mei Kuan cedera ditembak dari jarak dekat dan cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan selepas keluar dari tokong tersebut.

Sementara itu, Yusaini Amer ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, pihaknya akan memanggil di antara 15 hingga 20 saksi dalam perbicaraan itu kelak.

Pada 17 Februari lalu, pemandu teksi yang membawa suspek kes tembak pengasas bank itu meninggalkan tempat kejadian dihukum penjara 14 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memiliki pistol dan peluru hidup.

Hukuman terhadap Chew Siang Chee, 46, atas dua pertuduhan yang dihadapinya itu, berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Ogos 2013.

Tertuduh disabitkan atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol Walther Model PPK/S Cal.9 mm Kurz/380 ACP bersama satu kelopak peluru Walther Cal.9 mm Kurz yang menyalahi undang-undang.

Dia didakwa memiliki senjata itu di B-15-12 Kondominium Desa Cindaimas Jalan Sekutu Persimpangan Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos tahun lalu.

Siang Chee juga didapati bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm (short) (S&B 9mm) tanpa lesen pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dadah: Warga Nigeria dihukum gantung

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

SHAH ALAM 19 Feb. - Seorang peniaga warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,256.02 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian terhadap Francis Abuchie Odike, 33, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali berkata, keterangan tertuduh adalah rekaan semata-mata dan tidak logik.

Lelaki itu disabitkan atas tuduhan tersebut di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 7.30 malam, 12 September 2011.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, K. Viknesvaran.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat