felda ijok - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda ijok - Google Blog Search |
<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 15 Jan 2014 12:00 AM PST SEBAHAGIAN daripada mahasiswa yang menyertai Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung di Felda Ijok, Selama, Perak baru-baru ini. Seramai 57 pelajar Kursus Bakti Siswa (QKK 2101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Program Khidmat Masyarakat Program Siswa @ Kampung baru-baru ini di Felda Ijok, Selama, Perak. Program usaha sama antara UPM dan KPDNKK untuk menjayakan pembangunan modal insan serta menghebahkan aspek pembangunan pengguna dan masyarakat kepada pelajar UPM dan penduduk kawasan Felda Ijok. Ketua Peneroka Felda Ijok, Ramli Mahmud menyambut baik usaha murni yang diusahakan oleh pelajar UPM memilih Felda Ijok sebagai kampung perintis untuk program tersebut. "Program ini secara tidak langsung telah mengetengahkan UPM dimata masyarakat desa dan telah memberikan impak yang positif kepada pelajar serta peluang kepada mereka untuk merasai corak kehidupan masyarakat desa jauh dari kepesatan pembangunan bandar,â katanya. Beliau turut menyambut baik program sebegini dan menggalakkan dilakukan kerap ke kawasan luar bandar bagi mengisi masa belia di kampung berikutan daripada masalah sosial yang semakin terjadi akhir-akhir ini. Turut hadir ke program ini sebagai tetamu kehormat dan perasmi program Penasihat Agama kepada Menteri Besar Perak, Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz. Sementara itu Ketua program, Muhamad Hasyim Ibrahim berkata, fokus utama adalah untuk memberikan pendidikan, pendedahan, dan pengetahuan bagi memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan hak sebagai pengguna kepada penduduk kampung. "Peranan terhadap tanggungjawab dan hak harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendukung wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang,â katanya. Salah seorang peserta, Nur Hidayati Jamil, 19, berkata program sebegini wajar diwajibkan kepada semua pelajar tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda agar pelajar dapat didedahkan dengan realiti kehidupan sebenar. "Pada masa yang sama program ini mampu untuk mengasah kemahiran insaniah pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar dengan lebih baik. Saya berharap program outreach sebegini berterusan bukan sahaja kepada kelompok warga tua dan dewasa sahaja, malah melibatkan semua peringkat umur dan bangsa,"katanya. Program tiga hari dua malam ini dijalankan secara 'Keluarga Angkat" dimana seramai tiga hingga enam orang pelajar ditempatkan bersama sebuah keluarga yang sama. Selain itu, program lain yang dijalankan iaitu program Cilik Yang Celik, Pengguna Bijak, Pengurusan Kewangan Keluarga (gores dan menang), Hak-Hak dan Tanggungjawab Pengguna dan Sukaneka. Sumber: Utusan Malaysia |
<b>felda ijok</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 08 Feb 2014 03:04 PM PST Kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengurus tadbir Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan baik berjaya menyakinkan warga peneroka untuk berdiri teguh menyokong penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia. Penyenaraian FGVH itu dijangka memberi ruang dan peluang kepada FELDA untuk bersaing di peringkat global, sekaligus turut menguntungkan warga peneroka hasil pembayaran dividen pada setiap tahun. Generasi kedua peneroka Felda Ijok dekat Selama, Alang Yahya Razali, 59, berkata, warga Felda khususnya generasi muda jangan mudah terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa. Sebaliknya, mereka tegasnya, harus berfikir dengan matang dan melihat jauh ke hadapan transformasi yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat martabat Felda ke persada dunia. "Bagi mengiktiraf usaha dan penat lelah peneroka dalam membangunkan sosio-ekonomi negara, kerajaan baru-baru ini mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka di seluruh negara. "Sebagai generasi kedua Felda, saya bersyukur kepada Tuhan dan ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi kekayaan yang dimiliki oleh Felda," katanya kepada Peraktoday.com baru-baru ini. Pada tanggal 8 Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh bernilai RM1.689 bilion untuk diagih-agihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda. Mengulas lanjut, Alang Yahya berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) wajib diberi mandat untuk menerajui Malaysia pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, orang Melayu perlu sedar kedua-dua parti itu berjaya mengangkat martabat bangsa ke peringkat yang lebih tinggi. "Jangan sokong pemimpin politik yang hanya menjatuhkan maruah dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. "Bagi saya, beliau layak digelar sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan jika pemimpin sepertinya menguasai tampuk pemerintahan, saya bimbang masa depan negara menjadi tidak menentu dan rakyat pula akan hidup merempat," katanya lagi. Bagi Zulkufli Salleh, 64, pemberian runtuh itu tidak disangka sama sekali meskipun beliau sudah 30 tahun menjadi peneroka Felda Ijok. "Terima kasih kepada BN di atas pemberian durian runtuh RM5,000 kepada ketua keluarga peneroka dan saya berhasrat untuk menggunakan wang ini untuk mengerjakan haji buat kali kedua. "Pelbagai bantuan turut disediakan kepada warga peneroka oleh kerajaan BN sejak Felda ditubuhkan hasil idea Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak," katanya. Tambahnya, keamanan negara yang dikecapi hari ini akan terjejas jika perhimpunan haram Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu berulang lagi pada masa depan. "Perhimpunan yang jelas dibayangi sokongan parti pembangkang ini mencetuskan huru-hara hingga mengancam keselamatan rakyat dan negara ini," tegasnya lagi. Salah seorang peneroka yang berbangsa Cina, Leow Thean Seng, 57, berkata, beliau mengikut bapanya, berpindah ke Felda Ijok ketika masih kanak-kanak. Beliau tidak menafikan kehidupan peneroka di kawasan itu mengalami perubahan dari segi sosio-ekonomi hasil sokongan dan bantuan daripada kerajaan BN. "Keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib peneroka tidak seharusnya dipertikaikan walaupun pihak pembangkang terus berusaha untuk menghasut warga Felda agar membenci kerajaan. "Kami di sini turut menerima tempias pembangunan apabila Perdana Menteri ketika siri lawatan ke Parlimen Larut telah mengumumkan peruntukan RM3 juta untuk menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur yang ada di kawasan ini," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from felda ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |